Semalam seluruh Istana bergemelapan Seluruh istana Indah disiapkan
Di pagari lampu2 indah berkilau
Cahaya bintang turut berkedipan
Bulan malam memancar terang
Sang Pungguk di dahan berlagu senang
Di hujung taman di bawah pohon ketapang sana
Buaian sang Puteri terhayun perlahan
Dan puteri termenung memandang awan
Puteri ....... apakah kau sedang mengira bintang
Puteri Kusayang
Aku tahu hatimu dilanda bimbang
Untuk menerima pinangan putera seberang
Esok putera pilihan akan datang dengan 12 persalinan
Dan 23 dulang hantaran seperti permintaan sultan
Puteri ku sayang usahlah kau bimbang
Untuk menerima pinangan Putera seberang
Putera itu terlalu hebat di pandang
Gagah terserlah adapnya tak pula hilang
Tak mungkin sultan silap buat percaturan
Kalau kau rasa bulan itu bersinar menawan
Sudah pasti hatimu akan tertawan
Kerana putera itu tak ubah bulan
Andai kau ingin memetik bintang
Pasti dia dulu yang menghunus pedang
Jika kau fikir pungguk itu setia
Kau harus tahu putera itu sesetia malam
Lantas apa lagi perlu kau gusarkan
tiada apa yang kurang pada putera pilihan sultan
Malah dia umpama bidadari dari kayangan
Wajahnya indah terlalu menawan
Puteriku...... sudah pasti hatimu kan tertawan
Puteriku sayang
kau tahu ....
Tangga reput tempat aku menunggu putera idaman
Sedang turut berbahagia
Malah aku dia ketawakan
katanya .... mimpiku pasti tidak tuhan restukan
Mimpiku bukan milik orang kebanyakan
Tunggulah aku biarpun sedekad
Menantilah sesetia mana pun aku
Mimpi ku cuma akan berserakkan
Berguguran jadi awan hitam
lantas pecah jadi hujan
Beranganlah aku jadi anggerik pujaan
Puteri kusayang
Biarpun kita sama merenung awan
Namun rasa yang terhidang tak pernah serupa
Bulan sedang gugur di telapak tanganmu
Bintang2 sedang tersarung indah dijemarimu
Tapi aku dayangmu ini
Sedang mengira titis hangat yang bertandang
Perit menghitung luka didada
Dan hatiku terus berdarah luka
Luka dan terus luka malah telah bernanah
Nasib kita tak pernah sama
Ahh... perlu apa aku pertikaikan
Sudah nasib kiriman tuhan bukan ..........
Aku
Tulip Unggu
No comments:
Post a Comment