Puteri
Izinkan seminit dua aku mencoretkan luka
Tidurlah puteri biarkan aku berlagu duka
Kau tahu
Putera yang ku tunggu tidak jua menyapa
Dan hati ini telah sarat dengan luka2
Puteri
Bezanya kita terlalu ketara
bak merak dengan pipit cuma
Kau dilimpahi seribu kemewahan
Aku terhidang sejuta sengsara
tapi Puteri jelita ...... tahukah engkau hati kita sama
darah kita berdua merah warnanya
Puteri
Semalam aku temankan kau ketaman
Kau khabarkan padaku esok kau kan pilih putera idaman
Dalam alunan buai kau bernyanyi ria ketawa
tiba2 aku disapa butiran kaca
Hangat pedih sakit dan luka
Kenyataannya kita tak pernah sama
Aku dayang hodoh dan kau pula puteri jelita
Kau gembira & aku tetap sengsara
Kau bahagia tapi hatiku terus berdarah luka
Puteri
Hari ini kau bakal di jengah putera pilihan
apakah cahayanya seumpama intan berkilau
antara beribu kau kan pilih cuma satu
yang berjaya memukau matamu
yang berjaya bertapak dihatimu
ya cuma satu
Satu yang terbaik buat puteri selayakmu
Tapi aku satu pun tak tergapai
bayang pun tak tersentuh
baunya jua haram dihidu
Puteri
Hari ini kau bakal bertemu putera
Izinkan aku membuat permintaan
ya cuma satu
Antara yang beribu kau murka
biarkan dia menjadi milikku
Kerana putera itu harus bertamu
Sebelum hatiku bertukar menjadi batu ........
Aku
Tulip Unggu
Tulip Unggu
No comments:
Post a Comment