Vol 3 : Dayang Hodoh Dayang Yang Bodoh
Aku masih lalui tangga ini
Tangga yang kian usang
Bukan hanya berlumut malah telah pun reput
Namun bayang putera itu tak jua terlihat
tiba-tiba aku tergelincir hampir jatuh
tangga reput ini telah patah rupanya
tunggu dulu ........
Putera itu tetap harus ku tunggu ......
Aku capai kayu usang dengan kepayahan ... cuba berpaut
Putera ....... datanglah tolonglah aku
Sambutlah aku dari jatuh ke bawah
Selamatkan aku dari dicium batu sihir itu
Aku tak mahu hatiku disumpah menjadi batu
Biarpun aku hampir terlepas pautan
Putera itu tetap tidak menampakkan wajahnya
Pautan ku semakin goyah
Tunggu dulu .....
putera itu masih perlu ku tunggu......
Airmata telahpun membanjiri dataran sana
Putera yang ku tunggu masih jua tak bertandang
Perlukah aku berpaut terus di tangga yang pasti runtuh
Perlukah aku berharap terus pada putera yang tak akan menjelma
Perlukah aku menanti terus sedangkan putera itu entah di mana
Atau .........
Perlukah aku bersumpah sendiri
Agar moga2 hati ini benar2 jadi batu
Dan aku tak perlu peduli lagi
Samada putera itu berkunjung atau tidak
Kerana itu semua mimpi
Mimpi buat dayang hodoh selayak aku
Lantas ......
Masih perlukah putera itu ku tunggu .........
Aku
Tulip Unggu
Tuesday, January 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment