Thursday, January 22, 2009


Vol 4: Dayang Hodoh Dayang Yang Bodoh

Puteri
Kau ingin dengar satu citera
tapi maaf lagunya tetap hampa
iramanya masih berbaur luka
Ya dayang hodoh dayang yang bodoh

Puteri
Sepurnama lalu tika aku leka mencari bunga idamanmu
Aku didatangi putera yang elok parasnya
Apakah putera itu dari kayangan
Dan dia datang untuk merisik ku
Kau tahu
Dia hulurkan aku anggerik unggu
katanya anggerik itu tak ubah aku
Andai tak pandai menilai
Keindahan anggerik itu akan terlindung
dibalik gah mawar merah
andai bijak mentafsir
Keunikkan anggerik unggu pasti terserlah
Puteri
Saat itu hatiku sarat dengan bahagia
jiwaku berbunga gembira
Apakah putera yang ku tunggu telah tiba
dan segala mimpi-mimpiku akan terlaksana

Puteri
Semalam putera itu datang lagi
Sekuntum anggerik unggu tetap dia hulurkan padaku
Katanya akulah anggerik itu
Kau tau apa yang kurasa
Puteri betapa beruntungnya aku
Putera itu telah bertandang dan pasti dia akan bawa aku terbang

Puteri
Jangan kau beradu lagi ..... dengar dulu
Citera ini penuh sendu
Puteri
Tadi putera itu menyapaku lagi
Ya ... di tepi tangga usang itu
tanganya tetap setia menghulurkan aku anggerik unggu
Katanya .... aku dan anggerik unggu persis serupa

Begitu unik dan indah
Pastinya keunikkan itulah yang mengindahkan lagi taman ini
Dek keindahan anggerik unggulah laman ini makin berseri
Kau dan anggerik unggu memang serupa
Mungkin kaulah anggerik unggu yang bernyawa....

Puteri
Katanya ada sesuatu ingin dia sampaikan padaku
Ada sesuatu yang tersimpan sejak pertama kali bertemu
Ada sesuatu yang tak terlafaz sejak dulu
Ada sesuatu yang yang tak terkata padaku
Puteri
Saat itu aku tersenyum bahagia
Lantas berkata .........
" Wahai Putera ...... katakan saja ..... kerana telah lama kutunggu ucapan itu ....."

Puteri
Kau tahu apa yang dia lafazkan padaku
Kau tahu apa yang dia katakan padaku
kau tahu apa yang dia sampaikan
Kau tahu apa yang dia ucapkan padaku
"sudah berpunyakah puterimu itu ......."


Aku
Tulip Unggu

No comments: