Lina menjeling sesusuk tubuh ibunya di luar.
Mak kelihatan termenung jauh, sesekali dia kelihatan menghela nafas panjang. Lina pandang pula pada sesusuk tubuh Lisa, adiknya yang sedang tekun menghadap ayat2 suci di hadapan. lancar saja bacaanya malah sedap di dengar ...... sama seperti bacaan Along dulu-dulu.
Along ....... sebaris nama itu buat Harlina tambah merawan membawa pikiran entah kemana-mana. Apa dosa Along ....
" Anak2 kita sambung esok yer ......" suara Ustazah Hamidah mengembalikan Harlina ke serambi. Kelihatan semua anak2 disitu menutup Al-Quran dan Muqadam perlahan. Hanim segera bangun menunggu anak2 nya di bawah serambi dengan muka sedikit penat.
Lisa berlari saja mendapatkan ibunya.
" Lisa dah naik juz la mak ...... " Lisa suakan beg sandang kepada Hanim. Hanim senyum sambil menepuk belakang Lisa penuh kasih.
Harlina hanya mengikut langkah ibunya tanpa sepatah kata. Lisa melambai2 kecil pada kawan2 yang berselisih dengan mereka. Harlina buat2 tak pandang saja ..... dia rasa mereka bukan ikhlas melambai .... mereka cuma ingin mengejek dia dan Lisa.
Lisa tiba2 berlari anak2. Hanim terus saja marah.
" Lisa jalan elok boleh tak ...... jangan lari2 ....." Hanim bingkas menarik tangan Lisa agar berjalan semula dengan teratur.
Lisa pandang kakaknya ........ wajah ceria si kecil itu mula mencuka.
" Semua tak boleh ....... semua pun tak bolehhhhhhh ....." bisik Lisa perlahan. Ada nada memberontak yang cuma di sampaikan pada kakaknya.
Ya ..... semuanya tak boleh ..... semuanya dilarang ibu ...... semuanya sebab ....
Ahhh ..... Lina malas pikir lagi.
*************************
" En. Halim surat ni patutnya dah siap. Nanti Datok marah saya lagi ni " Ujar Suhaiza kepada Halim dengan wajah sedikit kesal.
Halim pandang dokumen yang sedikit pun belum terusik itu.
" Su .... saya buat sekarang ya ...".
Halim mencapai dokument sebelahnya segera. Dia membuka fail yang masih melekat itu.
Suhaiza melangkah ke tempatnya. Kadang2 dia rasa naik angin dengan lelaki itu ..... tapi kadang2 wajah lelaki itu begitu memagut simpatinya.
Apakah dia juga akan sekuat itu bila terkena bala yang sama.
Suhaiza melabuhkan punggung atas kerusi empuknya dengan sekilas pandangan kepada Hanim.
Telepon disebelah tiba2 berbunyi.
" Saya En. Fakrul .... belum ...... " Suhaiza sedikit mengangguk di telepon.
" Insyaallah .... bagi saya lagi sedikit masa ....."
Suhaiza meletak gagang telepon perlahan. Wajah persyarahnya En. Fakrul terus saja menari-nari di benak. Mungkin juga kalau bukan kerana lelaki itu, dia tidak akan berada di sini pun. Tesisnya perlu segera dia siapkan. Namun bermula pun dia belum. Suhaiza pandang lagi Halim yang kelihatan tekun mengadap komputer.
*****************************
Dia bukan sengaja ...... betul2 dia tak sengaja .......
Mohamad berperang dengan hatinya sendiri. Betul dia tak sengaja membiarkan perkara itu. Dia cuma tak mahu campur. Dia anak orang susah ...... nak teruskan pelajaran di sekolah asrama itu pun bapak dah banyak bergadai. Dia sedar dirinya sebab itu dia tak mahu campur tangan.
Itu bukan alasan Yusuf ....... kau tetap bersalah ....... sebab kau jugak dia mati.
Bukan!!!!!!! bukan salah aku ........... Bukannnnnnnnnn!!!!!!!
Adam baru cuba melelapkan matanya di sebelah terkejut.
Dia pandang tubuh sebelahnya. Kepalanya naik angin tiba-tiba.
Hish Adam mengeluh marah namun dia cuba memejamkan matanya semula.
********************
Di luar jendela kedengaran bunyi kereta yang lalu lalang walaupun jam di dinding sudah menunjukkan jam 1000 malam. Halim yang sedang terpaku memandang kaca televisyen di hampiri Lisa perlahan-lahan.
" Ayah ...... " Lisa senyum saja pada ayahnya.
" Yer ....." Halim terus saja mengalihkan pandangan kepada Lisa. Lisa memandang dapur cuma melihat kelibat ibunya. Dia merapati Halim kemudian membisik perlahan.
" Kenapa Ibu suka marah-marah ? "
Halim senyum.
" Betul lah ayah ....... semuanya tak boleh .......... semua pun tak boleh! kenapa ..." Lisa seolah-olah sedang mengadu pada ayahnya.
Lina yang berada sedikit jauh jugak memanjangkan telinganya. Dia juga ingin tahu apa jawapan ayahnya pada Lisa.
" Lisa ........ lisa tahukan kenapa. Lisa dah besar kan ......... " Jawab Halim sambil juga memandang Harlina di satu sudut.
Lisa terdiam ..... dia memandang kakaknya sedikit hampa.
Halim kembali mengalih pandangan pada kaca televisyen tapi hatinya, fikirannya merawang jauh. Peristiwa itu salah siapa sebenarnya. Kerana peristiwa itulah kehidupan mereka berubah. Benar2 berubah. Hidup mereka tidak lagi tenteram tambah2 isterinya itu. Dia diselimuti ketakutan setiap saat dan masa. Maka dia cuma mengawal segala-galanya, dia mahu anak2nya itu sentiasa di bawah pengawasan mereka. Hidup mereka benar2 tak tenteram.
Salah siapa sebenarnya ........
**************************
Thursday, January 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment