Thursday, January 29, 2009

(Vol 3) NOVEL : Tanpa Tajuk

Lina menjeling sesusuk tubuh ibunya di luar.
Mak kelihatan termenung jauh, sesekali dia kelihatan menghela nafas panjang. Lina pandang pula pada sesusuk tubuh Lisa, adiknya yang sedang tekun menghadap ayat2 suci di hadapan. lancar saja bacaanya malah sedap di dengar ...... sama seperti bacaan Along dulu-dulu.
Along ....... sebaris nama itu buat Harlina tambah merawan membawa pikiran entah kemana-mana. Apa dosa Along ....
" Anak2 kita sambung esok yer ......" suara Ustazah Hamidah mengembalikan Harlina ke serambi. Kelihatan semua anak2 disitu menutup Al-Quran dan Muqadam perlahan. Hanim segera bangun menunggu anak2 nya di bawah serambi dengan muka sedikit penat.
Lisa berlari saja mendapatkan ibunya.
" Lisa dah naik juz la mak ...... " Lisa suakan beg sandang kepada Hanim. Hanim senyum sambil menepuk belakang Lisa penuh kasih.
Harlina hanya mengikut langkah ibunya tanpa sepatah kata. Lisa melambai2 kecil pada kawan2 yang berselisih dengan mereka. Harlina buat2 tak pandang saja ..... dia rasa mereka bukan ikhlas melambai .... mereka cuma ingin mengejek dia dan Lisa.
Lisa tiba2 berlari anak2. Hanim terus saja marah.
" Lisa jalan elok boleh tak ...... jangan lari2 ....." Hanim bingkas menarik tangan Lisa agar berjalan semula dengan teratur.
Lisa pandang kakaknya ........ wajah ceria si kecil itu mula mencuka.
" Semua tak boleh ....... semua pun tak bolehhhhhhh ....." bisik Lisa perlahan. Ada nada memberontak yang cuma di sampaikan pada kakaknya.
Ya ..... semuanya tak boleh ..... semuanya dilarang ibu ...... semuanya sebab ....
Ahhh ..... Lina malas pikir lagi.

*************************
" En. Halim surat ni patutnya dah siap. Nanti Datok marah saya lagi ni " Ujar Suhaiza kepada Halim dengan wajah sedikit kesal.
Halim pandang dokumen yang sedikit pun belum terusik itu.
" Su .... saya buat sekarang ya ...".
Halim mencapai dokument sebelahnya segera. Dia membuka fail yang masih melekat itu.
Suhaiza melangkah ke tempatnya. Kadang2 dia rasa naik angin dengan lelaki itu ..... tapi kadang2 wajah lelaki itu begitu memagut simpatinya.
Apakah dia juga akan sekuat itu bila terkena bala yang sama.
Suhaiza melabuhkan punggung atas kerusi empuknya dengan sekilas pandangan kepada Hanim.
Telepon disebelah tiba2 berbunyi.
" Saya En. Fakrul .... belum ...... " Suhaiza sedikit mengangguk di telepon.
" Insyaallah .... bagi saya lagi sedikit masa ....."
Suhaiza meletak gagang telepon perlahan. Wajah persyarahnya En. Fakrul terus saja menari-nari di benak. Mungkin juga kalau bukan kerana lelaki itu, dia tidak akan berada di sini pun. Tesisnya perlu segera dia siapkan. Namun bermula pun dia belum. Suhaiza pandang lagi Halim yang kelihatan tekun mengadap komputer.

*****************************
Dia bukan sengaja ...... betul2 dia tak sengaja .......
Mohamad berperang dengan hatinya sendiri. Betul dia tak sengaja membiarkan perkara itu. Dia cuma tak mahu campur. Dia anak orang susah ...... nak teruskan pelajaran di sekolah asrama itu pun bapak dah banyak bergadai. Dia sedar dirinya sebab itu dia tak mahu campur tangan.
Itu bukan alasan Yusuf ....... kau tetap bersalah ....... sebab kau jugak dia mati.
Bukan!!!!!!! bukan salah aku ........... Bukannnnnnnnnn!!!!!!!

Adam baru cuba melelapkan matanya di sebelah terkejut.
Dia pandang tubuh sebelahnya. Kepalanya naik angin tiba-tiba.
Hish Adam mengeluh marah namun dia cuba memejamkan matanya semula.

********************

Di luar jendela kedengaran bunyi kereta yang lalu lalang walaupun jam di dinding sudah menunjukkan jam 1000 malam. Halim yang sedang terpaku memandang kaca televisyen di hampiri Lisa perlahan-lahan.
" Ayah ...... " Lisa senyum saja pada ayahnya.
" Yer ....." Halim terus saja mengalihkan pandangan kepada Lisa. Lisa memandang dapur cuma melihat kelibat ibunya. Dia merapati Halim kemudian membisik perlahan.
" Kenapa Ibu suka marah-marah ? "
Halim senyum.
" Betul lah ayah ....... semuanya tak boleh .......... semua pun tak boleh! kenapa ..." Lisa seolah-olah sedang mengadu pada ayahnya.
Lina yang berada sedikit jauh jugak memanjangkan telinganya. Dia juga ingin tahu apa jawapan ayahnya pada Lisa.
" Lisa ........ lisa tahukan kenapa. Lisa dah besar kan ......... " Jawab Halim sambil juga memandang Harlina di satu sudut.
Lisa terdiam ..... dia memandang kakaknya sedikit hampa.
Halim kembali mengalih pandangan pada kaca televisyen tapi hatinya, fikirannya merawang jauh. Peristiwa itu salah siapa sebenarnya. Kerana peristiwa itulah kehidupan mereka berubah. Benar2 berubah. Hidup mereka tidak lagi tenteram tambah2 isterinya itu. Dia diselimuti ketakutan setiap saat dan masa. Maka dia cuma mengawal segala-galanya, dia mahu anak2nya itu sentiasa di bawah pengawasan mereka. Hidup mereka benar2 tak tenteram.
Salah siapa sebenarnya ........

**************************
Vol 5 : Dayang Hodoh Dayang Yang Bodoh

Semalam seluruh Istana bergemelapan Seluruh istana Indah disiapkan
Di pagari lampu2 indah berkilau
Cahaya bintang turut berkedipan
Bulan malam memancar terang
Sang Pungguk di dahan berlagu senang

Di hujung taman di bawah pohon ketapang sana
Buaian sang Puteri terhayun perlahan
Dan puteri termenung memandang awan
Puteri ....... apakah kau sedang mengira bintang

Puteri Kusayang
Aku tahu hatimu dilanda bimbang
Untuk menerima pinangan putera seberang
Esok putera pilihan akan datang dengan 12 persalinan
Dan 23 dulang hantaran seperti permintaan sultan
Puteri ku sayang usahlah kau bimbang
Untuk menerima pinangan Putera seberang
Putera itu terlalu hebat di pandang
Gagah terserlah adapnya tak pula hilang
Tak mungkin sultan silap buat percaturan
Kalau kau rasa bulan itu bersinar menawan
Sudah pasti hatimu akan tertawan
Kerana putera itu tak ubah bulan
Andai kau ingin memetik bintang
Pasti dia dulu yang menghunus pedang
Jika kau fikir pungguk itu setia
Kau harus tahu putera itu sesetia malam

Lantas apa lagi perlu kau gusarkan
tiada apa yang kurang pada putera pilihan sultan
Malah dia umpama bidadari dari kayangan
Wajahnya indah terlalu menawan
Puteriku...... sudah pasti hatimu kan tertawan

Puteriku sayang
kau tahu ....
Tangga reput tempat aku menunggu putera idaman
Sedang turut berbahagia
Malah aku dia ketawakan
katanya .... mimpiku pasti tidak tuhan restukan
Mimpiku bukan milik orang kebanyakan
Tunggulah aku biarpun sedekad
Menantilah sesetia mana pun aku
Mimpi ku cuma akan berserakkan
Berguguran jadi awan hitam
lantas pecah jadi hujan
Beranganlah aku jadi anggerik pujaan

Puteri kusayang
Biarpun kita sama merenung awan
Namun rasa yang terhidang tak pernah serupa
Bulan sedang gugur di telapak tanganmu
Bintang2 sedang tersarung indah dijemarimu

Tapi aku dayangmu ini
Sedang mengira titis hangat yang bertandang
Perit menghitung luka didada
Dan hatiku terus berdarah luka
Luka dan terus luka malah telah bernanah
Nasib kita tak pernah sama
Ahh... perlu apa aku pertikaikan
Sudah nasib kiriman tuhan bukan ..........


Aku
Tulip Unggu

Thursday, January 22, 2009

Club 30 & followers

Vol 4: Air terjun yang sgt cantik ......... cantiklah sangattttttt .........

Suara abang2 komender memberi arahan cukup kedengaran.
Hangin Mas dalam dadanya menahan sabar jer ....... dari sekolah dia mana ada terlibat ngan benda2 kawat2 macam nie. lain lerrrrrr klu bersajak ...... berpidato...... bersyarah....... ha tu cepatttt arrrrr dia.
" dari kanan bertiga-tiga pusing " Mas pandang langkah Sept di hadapan.
Nasib ler aku kat belakang dapat gak tgok gerakan orang depan .......... kalau aku kat depan .....
Mampussssss .....

Umie menguntum senyuman melihat Mas yang kucar kacir tu. Dia tahu Mas tak suka benda2 nie .... dah beratus kali Mas dok cerita betapa bencinya dia dengan Kesastria malah sampai uniform ni pun dah berjuta2 kali dia dok kutuk.

" Ok rest dulu ...... " laung abg komender. Ye ke untuk rehat dia bg comand mcm tu ..... entah aku agak2 jer .......( so nampak sgtlah aku memang xder hatikan ......... hehehe.....)

Ijah melabuhkan punggung pada lapang bertar. Semua pun sama.
" Korang nak g tak ...... camping tu ...... " soal Ijah dengan wajah penuh ceria. Ijah mcm biasa ..... dengan wajah yang terus mantain ....... dia kan banyak stamina. sedangkan Wajah Mas ... wajah Sept... wajah Zai n Mid dah berkerut. Panass.... penatt ...... busannnnnn....
" Gie lah leh dapat A+ nanti ...... " pujuk Umie pulak.
Mas angguk .......yerlah sapa tak nak A+ kan..... Mid pun sama dan zai pun ........ cuma Sept je yg masih membisu.
Semua pandang Sept ........ sept buat x reti jer ....... o rupa2nya dia sedang dok melayan mata yer. Semua terus saja mengalih pandangan melihat kearah mata Sept tengah dok terpaku.
Ya ..... Wan Kadiqqqqq rupanyaaaaa . Semua mengeleng....... Sept2 .....

**********************

"Jalan baik2 ..... jalan dalam barisan ..... jangan sampai terputus!!!!!!!" bentak abg komander.
Sept sedikit hangin ........ kecohhhh arrr
Zai singgung Sept ....... jalan cepat le Sept ...... kang sesat susah .....
Hoiiiiii ....... balas Mas Ijah Mid dan Umie serentak. dalam hutan nie pantang cakap bukan2.
Sept jeling Zai..... Zai senyum ...... soriiiiii ......
Sampai jer ditapak perkhemahan ........ mula lah dirikan khemah dan bagai2.

" Mas .... ni ker tempat air terjun yang cntik sangat dia cakap tu ...... " Soal Zai dengan lehernya memanjang melihat ke arah sungai kecik itu.
" Ada ko nampak ikan warna warni renang2 ...... ader ......." balas Mas sedikit hangin.
Zai mengeleng.
" Ha bukan ler tu ......."
" esok kot baru kita sampai sungai yang cantik sgt2 tu ek .........." bisik Zai perlahan sambil berlalu ke arah khemah.

Bukan salah Zai ...... bekas ketua komender tu, apatah nama dia. sikit punya la dok promote kat kami semua ....... kita akan berkelah di tepi sungai....... sungai tu cantik sgt2 ...... siap nampak ikan renang2 tau ......
tapi kalau setakad sungai sebelah nie ........ mungkin tidakkkkkkk

Selepas makan malam ...... kami duduk tepi unggun api. Khemah kami lak berada di tempat yang amat stategik ....... khemah kami betul2 sebelah khemah cikgu & komander. Kami sembang.... kami buat lawak ......... kami kutuk2 komender ...... kami cerita2 ngan cikgu ...... sampai betul2 awal pagi.
Cikgu dan sebilangan komender ada tanya ...... kamu takmau tdo ker ........
yer kami tak mau tdo ....... kami nak hayati keindahan malam dlm hutan ......... kami nak mendengar bunyi2 binatang hutan nie, kami nak tgok bulan yang mengambang, kami nak merenung bintang2 yang bertaburan didada langit ...... kami nak tunggu kot2 ler anak2 ikan warna warni tu leh nampak mlm2 dlm sungai tu , kami nak hayati kesejukkan kat luar nie ......... kami nak merasa jadi mak2 guard dlm hutan nie .........
NGOOOOOKSSSSSSSSS
mestilah kami nak tdo ....... kami dah nganto sgt pun ...... tapi nak tdo kat mana ...... kami semua sebenarnya tengah menahan hangin.
Mana tak khemah tak cukup .... semua kena kongsi ...... memang arrrrr tak kan nak khemah sorg satu kot ...... masalahnya nak tumpang letak bontot pun xder tempat.
Cishhhhhhhhh ngoksssss tul ..... promote suh ramai2 g pastu tak cukup kelengkapan ....... sungguh naif.
Sudahnya ada seorang sahabat yang baik hati, membenarkan kami mencelah klu ada mana2 ruang dlm khemahnya untuk tdo sekejab ...... sebab kami agak ramai ..... sahabat yang baik hati tadi bertukar senyuman dengan muka yang sedikit mencuka.
Adakah kami peduli ..... entah nape masa tu kami buat2 tak tau jer ..... kena la buat muka tak malu ....... kalau tak memang kami jadi mak guard ler malam tu ..

Akhirnya sampai ke sudah ...... sampai balik ........ memang xder pun sungai cantik sgt2 bak kata komender tu. Sungai yang mula2 tulah kot maksudnya ....... seperti kata Mid parit kat umah dia lagi cantik n leh nampak berudu berenang2 at least.

Ada kami peduli pada sungai cantik yang mereka janjikan ..... ada jugak ....... hehehe tapi yang penting perkhemahan itu berakhir juga.
Dalam perjalanan pulang kami semua tertido kepenatan sambil melayan lagu dr radio org asli yang saje2 komender nak kami dengar . Cishhhhhh tak abis2 nak mendera ......... ada kami peduli n rasa terdera ..... x pulak sebab jadik lawak aderlah lagipun kami penat n ngatok so better tdo.

Club 30 & Followers

Vol 3: Nasi Lemak ari Jemaat ......

Zai jeling jiran sebelahnya ....... Sept masih tenang menganyam lena. Tempat Mid dah kosong ... dia dah bangun arrrr tu . Mid mesti tdo bangun awal2 pagi ....
Zai jeling sebelah kanannya pula ....... Mas pun masih dok tido.
Zai ikat rambutnya yang makin ikal mayang itu. Patung tweety Mas yang sudah jatuh dr katil dah elok saja berada dalam dakapan Sept buat Zai sedikit binggung ........
"Macamana ek dia leh mendarat situ kan ..... "
Zai rampas tweety dr pelukan Sept. Sept sikit terkejut namun matanya yang ala2 hindustani tu langsung tak terbuka pun.
Hish ...... bisik Zai sambil bangun mengambil baldi kecil yang ada segala perkakas untuk mandi.
Dia berlengang ala mak limah .... perlahan ......
"Zaiiiiiiiii!!!!!!!!!"
Suara bak rimau mengaum kedengaran dari bawah. Langkah Mak limah Zai terhenti.
Alamak Umie ...... mampus ler aku .....
" Oit makcik ko baru bangun ........ aku baik je tunggu kat bawah nie yer ....." laung Umie makin kuat dari bawah. Zai garu kepala ....... mampus ....... Nilah Umi Kalthum anak Pak Adam ....... hangin dia kalau orang lambat2 .......
Umie sudah mencekak pinggang di bawah. Betul2 bawah dining room.
" Ala Mie ....... aku mandi kejab jee..... "
" Yang lain mana ...... " Umie makin marah.
" Tido ....." balas zai jujur. Nileh masalah Zai dia memang naif aka jujur sgt2. Makin tambah le berang Umie.
" Dah aku makan dulu ...... kang jumpa kat gate jer ......" Umie melangkah deras.
Depa nie mentang2 dok satu bilik ....... seronok arrrrrr tdo n bangun lambat2 ..... Umie mengomel2 sendiri.
Zai tak jadi ke bilik air..... dia berlari patah balik ke bilik.
" Septtt....... Masssssss....... bangun!!!!!!! " Jeritnya di depan pintu. Sept terus saja terbangun. Mas bergerak perlahan membuka mata. Kacau arrrrrr .......
" Asal ko nie ..... " bisik Sept malas.
" Asal ....... tu mak ko kat bawah dah jerit dah ....... "
" Mak aku ......... mak aku datang ......" Sept terus bangun ke arah pintu untuk meninjau ke bawah. zai bengang.
" Tu mak angkat ko yang angin ....... hehehe...... Banyak ler ...... Umielah ...... dia marah tu ...... cepattttttttt bangun ........... nanti lambattttttttt ...."
" alah aku malas arrrrrr sarapan ....... lmbat pun xper .......... " sampuk Sept.
" Oit arini ari Jemaat ........ Jemaat ari nasi lemakkkkkkkk ........"
" Haaa......"
Mas dan sept pintas je bangun. Mereka bertempik lari. Berlari mendapatkan bilik air kosong.
Kelihatan semua pintu bilik air tertutup. Bayang Sept dan Mas tak kelihatan sebaliknya ada kelibat Zai mengosok gigi di singki luar.
Tapi kedengaran bunyi nyanyian dari dlm yang buat hati Zai tambah bara ..........
" Cishhh ....... aku lak yang tak dapat bilik kosong !!!!!!!!"
" Jab ek Zaiiiii....... " kedengaran suara manja Sept dari dalam dengan bunyi air yang mencurah
" jahattttttttttt!!!!!!!!!! Zai ketuk bilik Sept dan Mas ...... depa dua2 rebut bilik air ngan dia ...... dan sudahnya tadi dia ngalah........... jahatttttttttt

******************
Dari jauh dipintu pagar kelihatan Umie dan Ijah sudah siap menunggu. Umie kelihatan resah ...... Ijah macam biasa2 jer ...... dok betulkan tudung.
Zai tolak Sept kehadapan ....... sept mencebik bibir ....... Mas n Mid jalan biasa ....... jelas mereka tak bersalah. Hehehe.....
Nampak sahaja kelibat mereka Umie terus melangkah dengan sedikit muncung. Mid terus berbual2 ngan Ijah kononnya bertanyakan Lauk apa arini kat Seroja 1.
Mas jalan sedikit cepat dan cuba menyaingi langkah umie.
" Lambatlah korang ...... sian aku ngan Ijah tau ..... " Ujar Umie perlahan. Yerlah sian dia tiap2 ari dok menunggu hanya kerana bilik dia berlainan dari kami.
" Sori arrrrr Mie ........ sori ekk ....... lagipun Zai tu yang lambat ........ " Pujuk Mas sambil memandang Zai yang tengah tertawa ngan Sept.
" Ko tau arrrrr zai kan ...... dia mmg suka lambat arrrrrr ......" Tambah Mas.
" yerlahhhhh ...."
" ko tak caya ..... jab ek ....... Zai betul kan..... kan kan kan ....... " laung Mas kepada Zai sedikit kuat. Zai dari jauh senyum2 dan mengangguk berkali-kali ........
" See ......."
Umie sudah tersenyum .......... mas nie pandai tul nak outa.
Bukan dia tak tak tau ....... Zai tu angguk2 yer2 ..... tak tau pun apa mas cakap .......... Mas...... Mas......
Zai berjalan pantas mendapatkan umie.....
" Jgn mare ek ......... " luah Zai dengan senyuman pada Umie. Umie dah ok dia terus saja mencuit pinggang Zai.
" Mas tadi tu apa ......" soal Zai ketika masing2 menahan nafas mendaki tangga batu ala2 tangga Batu Caves.
Mas jeling ..... malas menjawab ..... tengah2 mendaki ni dia dok tanya ..... Cish zaiiiiii...

*****************

Petang ......... Daun2 kering mula berguguran ........ Angin kecil meniup perlahan.
Indahnya ... beginilah pemandangan dari atas bukit pemandangan dari tingkat 13 Menara .......
Penatttt ....... pintu lif terbuka di tingkat paling bawah setelah berhenti satu2 tingkat ..... Penat tulll........ dah ler banyak budak2 Engine ........ siap ada Engine Street tu ..... very the berangan...

Mid langkah perlahan ....... penatkan baru habis kelas. Kelas lak dari pagi sampai petang.
Zai tengah bergurau2 ngan Sept disebelahnya ..... Mas menahan peluh ..... Ijah macam biasa berjalan mantain jer ......... dia kan banyak stamina. Hehehe
Suasana bening dan sunyi ...... kami melalui bangunan2 sedikit usang. Bangunan Hotcat lama.
Tiba-tiba saje muncul seorang tua berselisih ngan kami. Sedangkan tadi x nampak lak dia.
Popo........ bisik sept perlahan ...... tapi cukup kedengaran di telinga kami. Dengan rambut putih, dengan baju usang, dengan kulit berkerepot ...... sah2 tu popo dulu ....... Popo yang kami jumpa atas tangga batu caves minggu lepas. Saat kelibatnya sedikit menjauhi kami .
POPO !!!!!!!!! bisik kami serentak. terus saja masing2 membuka langkah seribu lari .......
Misteri tull kewujudan dia kan ....... tiba2 je muncul. Pulak tu suka muncul kat tempat2 yang misteri2 jer .........
Sampai di pintu pagar Kolej. Larian kami sedikit perlahann .......
POPO tu menakutkan lerrrrrrr ujar Zai perlahan ......... semua mengangguk berjalan ke arah dewan makan.

******************

Vol 4: Dayang Hodoh Dayang Yang Bodoh

Puteri
Kau ingin dengar satu citera
tapi maaf lagunya tetap hampa
iramanya masih berbaur luka
Ya dayang hodoh dayang yang bodoh

Puteri
Sepurnama lalu tika aku leka mencari bunga idamanmu
Aku didatangi putera yang elok parasnya
Apakah putera itu dari kayangan
Dan dia datang untuk merisik ku
Kau tahu
Dia hulurkan aku anggerik unggu
katanya anggerik itu tak ubah aku
Andai tak pandai menilai
Keindahan anggerik itu akan terlindung
dibalik gah mawar merah
andai bijak mentafsir
Keunikkan anggerik unggu pasti terserlah
Puteri
Saat itu hatiku sarat dengan bahagia
jiwaku berbunga gembira
Apakah putera yang ku tunggu telah tiba
dan segala mimpi-mimpiku akan terlaksana

Puteri
Semalam putera itu datang lagi
Sekuntum anggerik unggu tetap dia hulurkan padaku
Katanya akulah anggerik itu
Kau tau apa yang kurasa
Puteri betapa beruntungnya aku
Putera itu telah bertandang dan pasti dia akan bawa aku terbang

Puteri
Jangan kau beradu lagi ..... dengar dulu
Citera ini penuh sendu
Puteri
Tadi putera itu menyapaku lagi
Ya ... di tepi tangga usang itu
tanganya tetap setia menghulurkan aku anggerik unggu
Katanya .... aku dan anggerik unggu persis serupa

Begitu unik dan indah
Pastinya keunikkan itulah yang mengindahkan lagi taman ini
Dek keindahan anggerik unggulah laman ini makin berseri
Kau dan anggerik unggu memang serupa
Mungkin kaulah anggerik unggu yang bernyawa....

Puteri
Katanya ada sesuatu ingin dia sampaikan padaku
Ada sesuatu yang tersimpan sejak pertama kali bertemu
Ada sesuatu yang tak terlafaz sejak dulu
Ada sesuatu yang yang tak terkata padaku
Puteri
Saat itu aku tersenyum bahagia
Lantas berkata .........
" Wahai Putera ...... katakan saja ..... kerana telah lama kutunggu ucapan itu ....."

Puteri
Kau tahu apa yang dia lafazkan padaku
Kau tahu apa yang dia katakan padaku
kau tahu apa yang dia sampaikan
Kau tahu apa yang dia ucapkan padaku
"sudah berpunyakah puterimu itu ......."


Aku
Tulip Unggu

Tuesday, January 20, 2009

Vol 3 : Dayang Hodoh Dayang Yang Bodoh

Aku masih lalui tangga ini
Tangga yang kian usang

Bukan hanya berlumut malah telah pun reput
Namun bayang putera itu tak jua terlihat
tiba-tiba aku tergelincir hampir jatuh
tangga reput ini telah patah rupanya



tunggu dulu ........
Putera itu tetap harus ku tunggu ......
Aku capai kayu usang dengan kepayahan ... cuba berpaut
Putera ....... datanglah tolonglah aku
Sambutlah aku dari jatuh ke bawah
Selamatkan aku dari dicium batu sihir itu
Aku tak mahu hatiku disumpah menjadi batu
Biarpun aku hampir terlepas pautan
Putera itu tetap tidak menampakkan wajahnya
Pautan ku semakin goyah

Tunggu dulu .....
putera itu masih perlu ku tunggu......

Airmata telahpun membanjiri dataran sana
Putera yang ku tunggu masih jua tak bertandang
Perlukah aku berpaut terus di tangga yang pasti runtuh
Perlukah aku berharap terus pada putera yang tak akan menjelma
Perlukah aku menanti terus sedangkan putera itu entah di mana
Atau .........


Perlukah aku bersumpah sendiri
Agar moga2 hati ini benar2 jadi batu
Dan aku tak perlu peduli lagi
Samada putera itu berkunjung atau tidak
Kerana itu semua mimpi
Mimpi buat dayang hodoh selayak aku
Lantas ......
Masih perlukah putera itu ku tunggu .........

Aku
Tulip Unggu
Vol 2 : Dayang Hodoh Dayang Yang Bodoh

Puteri
Izinkan seminit dua aku mencoretkan luka
Tidurlah puteri biarkan aku berlagu duka
Kau tahu
Putera yang ku tunggu tidak jua menyapa
Dan hati ini telah sarat dengan luka2

Puteri
Bezanya kita terlalu ketara
bak merak dengan pipit cuma
Kau dilimpahi seribu kemewahan

Aku terhidang sejuta sengsara
tapi Puteri jelita ...... tahukah engkau hati kita sama
darah kita berdua merah warnanya

Puteri
Semalam aku temankan kau ketaman
Kau khabarkan padaku esok kau kan pilih putera idaman
Dalam alunan buai kau bernyanyi ria ketawa
tiba2 aku disapa butiran kaca
Hangat pedih sakit dan luka
Kenyataannya kita tak pernah sama
Aku dayang hodoh dan kau pula puteri jelita
Kau gembira & aku tetap sengsara
Kau bahagia tapi hatiku terus berdarah luka

Puteri
Hari ini kau bakal di jengah putera pilihan
apakah cahayanya seumpama intan berkilau
antara beribu kau kan pilih cuma satu
yang berjaya memukau matamu
yang berjaya bertapak dihatimu
ya cuma satu
Satu yang terbaik buat puteri selayakmu
Tapi aku satu pun tak tergapai
bayang pun tak tersentuh
baunya jua haram dihidu

Puteri
Hari ini kau bakal bertemu putera
Izinkan aku membuat permintaan
ya cuma satu
Antara yang beribu kau murka
biarkan dia menjadi milikku
Kerana putera itu harus bertamu
Sebelum hatiku bertukar menjadi batu ........
Aku
Tulip Unggu

Club 30 & Followers

Vol 2 : Sia-sia saje .........

lokasi : Atas tangga ala2 tangga Batu Caves.

Sept pandang wajah Mas busan. Konon idea bijak ler tu .... sudahnya. Ijah mengaru-garu pergelangan tangan yang sudah merah2 digigit pepijat malam. Mid sebaliknya masih memegang seketul batu yang agak besar.
Zai duduk atas tangga itu tanpa peduli pun pada orang yang lalu lalang.
Mas pandang kawan2nya itu ...... sedikit kesal ........ Cish Pn Izah ........

Semalam untuk menarik hati Pn Izah demi mendapat pujian dan markah tinggi dlm subjek Bahasa Melayu mereka berenam sanggup menjelajah seluruh kolej mencari benda2 alah tu.
Habis pokok2 hutan belakang seroja kami terokai.
Siap amik kulit pokok ...... carik batu yang agak besar, pelepah daun ler ....... bagai2 ........
Kononnya kami ingin membuat ala2 pameran brg2 yang digunakan dlm persuratan Melayu lama bagi memenuhi tajuk yang diberi 'Persuratan Melayu'.

Cishhhhhh ....... tapi Pn Izah sikit pun tak kagum ........ sebabnya ....... kami bukan favorites student dia macam kumpulan Papa aka Baby elephant tu .......
Sept tiba2 bangun dia capai batu di tangan Mid.
"Hanginnnn ......." Sept tiba2 melemparkan batu itu jatuh kebawah.
Semua pandang ........ terkedu ..... Sept memang begitu, dia cepat membara..... tambahan lak ..... korang bayangkanlah dari pagi tadi ...... dari kolej lagi kami dok mengangkut batu berat tu.
Berat tau ...... malah masa naik tangga kami siap gilir2 pegang. Sudahnya......
Masing2 menahan rasa ......
"Jom baliklah ......" Zai bangun sambil mengibas2 kainnya yg sedikit terlekat daun2 kecil.

Sept mula melangkah .......
Dari jauh kelihatan seorang perempuan tua berselisih dengan kami tiba2. Rambutnya putih beruban, kulit2nya berkedut seribu dan pakaian dia macam lusuh sangat ......
Sept pandang masa saat Perempuan tua itu sudah kehadapan ...... Mid yang tengah bercakap dengan Zai terhenti bicaranya.
" Po Po ........" bisik Sept tiba2. Bisikan sept tadi macam misteri sgt dan semua merasa aura ketakutan tiba2.
Po Po ...... ha!!!!!!! semua lari ...... dub dab dub dad....... kedengaran bunyi jantung.
Sampai saja di pintu seroja ....... larian kami terhenti ........ Kami berpandangan sesama sendiri.
" Hahahahaha ....... " saat mata kami bertembung antara sama lain terus saja kami tertawa....
Terasa lawak ........

****************
Kelas Bahasa ketiga dan kami berenam seperti biasa telah sepakat mengambil bahasa Jepun. Nihon Go ....... Kelas bahasa kami setiap malamIsnin sebab sensei ni part time jer. So malam2 jer dia free pun.

Sensei aka cikgu ler tu dlm bhs Jepun dihadapan mula memperkenalkan diri. Sensei Lee ker entah aku dah lupa ....... (mahap ek kawan2 ......)
Sensei Chinese ..... kurus n baik hati. Saat dia bgtau yang dia bujang entah kenapa kami serentak memandang Sept sambil berhehem2 ......... sept lak tersipu malu ....... tu yang buat kami suka menyakat Sept.

Tapi memang kami boleh merasa yang sensei bila ngan Sept lain macam jer ....... dia pun mcm Sept gak suka tersipu2 malu ........ Hehehe........ Apa lagi Umie sukalah menyakat .......
Ingat lagi waktu Chinese New Year sensei agih2kan limau pada kami semua ...... masa tu tak cukup sekotak ........ sebab kami amik byk2 ...... tambah2 Zai ....... hehehe .........

Sensei tetap tersenyum ...... tak pernah dia marah pun ...... Indah betul kenangan belajar Nihon GO ngan sensei ni berbanding yang lain2 tu ........

Test pertama:

Sensei Lee mengagih2kan kertas soalan. Mid pandang Ijah sebelah. Zai pulak berdehem pada Sept saat Sensei menghulurkan kertas ujian pada Sept di sebelahnya.
Mas dan Umie cuma tersenyum .....
Dapat jer soalan kami terus memerah otak ....... sebab dah konsentrate sangat menjawab kami tak sedar ....... geng2 belakang selamba jer bukak buku. Sensei lak baik jerrrrr ......... Percaya jer ....

" Hishhhhhhh ni yang aku hangin nie ......." bisik Sept membuatkan Mas berpaling padanya.
" Nape ...... soalan mana ........ " balas Zai sbb dia pikir Sept cuba menanyakan jawapan.
" Bukanlah ........ "
" Nape....... " bisik Umie pulak.
" tgok mentang2 arrrrr Sensei baik depa dok tiru no ......" balas Mid selamba. Kami pun memandang belakang. Zai pandang wajah sensei di hadapan ........ Sian dia ......
" Ni yang aku hangin nie ...... " Sept menambah.
" Ko p arrrrrr bgtau Sensei ........ " Ujar umie bersama senyuman nakal.
" Derang nie ....... " sept tambah marah.
" Alah bgtau sensei jer ......... aku bgtau ek ......"
" Bukan tulah ....... " Sept buat muka cuak menahan Mas yang baru ingin membuka mulut, nak ngadu kat sensei.
" Abissssss ....... " tanya Mid... Zai Ijah Mas n Umie pun menahan telinga.
" Nak tiru pun share2 arrrrrr .......!!!" balas Sept dengan ketawa kecil.

Hai ......... hangin lak yang lain. Sept saja ....... dia nak kurangkan rasa tension lagipun geng2 kami berprinsip beb. Biar markah sikit tapi klu nak buka note or buat toyolll ....... tu bukan kami....... cuma klu tanya orang sebelah tu boleh la di considerkan ........ hehehe .......

*********************