BUNGA TANDA CINTA
Fatin
cedok air dari dalam bekas tong yang berisi air hujan. Fatin kemudian menjirus
air kepada pokok bunga raya yang tumbuh subur di halaman rumah. Pasu-pasu bunga
usang yang tersusun kemas itu basah terkena tempias air.
“Fatin jangan
membazir air banyak sangat!” Suara ibu lantang menjerit dari dalam rumah.
Fatin cebik
bibir, dia rasa bosan dengan leteran ibunya itu. Fatin membaling bekas kosong
itu ke dalam tong air.
Fatin duduk bertinggung hadapan pasu
bunga. Dia cabut anak rumput yang mula bercabang halus. Pokok bunga raya milik
bapanya itu semakin subur. Malah bunga-bunga raya yang pelbagai warna sudah
bercambah. Hati Fatin jadi tenang melihat bunga-bunga raya yang pelbagai warna
dan corak itu.
“Fatin buat apa
lagi dekat luar tu. Masuk cepat …!” Jeritan ibu bergema lagi.
Fatin bingkas
bangun. Dia masuk dalam rumah dengan tergesa-gesa.
Kelihatan ibu sedang menyusukan
Nadia. Nadia yang baru berusia dua bulan itu seakan sudah kenyang. Mata
kecilnya tertutup rapat. Bulu matanya sangat halus dan jarang.
Fatin tersenyum
sendiri. Nadia agak gelap mungkin dia banyak mewarisi keturunan bapa agaknya.
“Fatin kenapa
termenung lagi ni. Tolong ibu pegangkan Nadia.”
Ibu cuba
bangun dengan perlahan. Dia kelihatan masih lemah untuk bergerak. Fatin segera
mengambil Nadia dari pangkuan ibu.
Ibu bangun dari tilam sambil
bergerak menuju bilik air. Fatin menepuk belakang Nadia perlahan-lahan. Dia
tahu selepas menyusu elok bayi di tepuk sebentar.
“Brut!” Nadia
tersedu perlahan. Fatin senyum puas. Mata Nadia yang kecil itu seakan terbuka
sedikit.
“Nadia … Nadia
….” Fatin memanggil nama adiknya itu dengan perlahan-lahan. Mata Nadia
bergerak-gerak tanda dia mendengar suara Fatin.
Fatin sangat sayangkan Nadia. Selama
ini, hanya Fatin seorang anak ibu. Kelahiran Nadia selepas 10 tahun umur Fatin
memang membawa kebahagian kepada mereka sekeluarga.
Fatin tahu,
kalau mengikut kata doktor, ibu sudah tidak sesuai untuk mengangdung lagi. Ibu
sudah berusia awal 40-an malah dia juga
mempunyai penyakit darah tinggi.
Sebab itulah
agaknya ibu masih belum sembuh dan kuat.
Fatin tahu, untuk melahirkan anak,
perempuan terpaksa menanggung sakit yang teramat. Sebab itulah ibu selalu
marah-marah sekarang. Ibu sudah jarang senyum dan berbual dengannya. Banyak
masa ibu habis dengan melayan Nadia atau tidur.
Kepala Nadia
terlentok sedikit. Fatin agak terkejut. Dia segera baringkan Nadia atas tilam
kecil berhampiran.
Tilam dan bantal berbunga merah
kecil itu direnungnya lama. Mengikut kata bapa, tilam tersebut milik Fatin masa
bayi dahulu. Dah bertahun ibu simpan. Ibu memang pandai menguruskan hal-hal
rumahtangga. Keluarga mereka bukannya senang. Abah hanya kerani biasa dan ibu
pula tidak berkerja. Selama ini mereka hidup dengan bersederhana dalam segala
hal.
“Fatin …” Tegur
ibu yang berbau wangi bedak. Wajah ibu kelihatan lebih segar dan bermaya.
Fatin hanya
membalas dengan senyuman kecil.
“Fatin jangan
asyik berangan saja. Pergi mandi dah nak malam ni.” Ujar ibu sambil duduk
perlahan atas tilam yang tersedia.
Ibu menyarung
stokin dan terus memangku Nadia. Tangan Nadia bergerak perlahan.
“Anak ibu …
tidur yer …” Balas ibu sambil menyusik jari-jari Nadia yang masih kecil. Fatin
hanya memerhati penuh minat.
“Fatin … cepat
mandi!” Ujar ibu sekali lagi.
Fatin tersentak.
Dia mencium perlahan dahi kecil Nadia.
“Bau bayi …”
Bisik Fatin perlahan dalam hatinya. Bayi mempunyai satu bau yang istimewa bagi
Fatin. Mereka berbau bedak yang bercampur dengab bau susu. Entah kenapa Fatin
sangat suka akan bau tersebut.
Anak gadis itu
bangun perlahan. Faizah mengeleng perlahan melihat gelagat anaknya itu.
*********************************
“Abah, Fatin nak
minta duit saku lebih boleh tak?” Fatin bertanya dengan berhati-hati.
Abah yang sedang
membaca akhbar mengalih pandangan. Dia renung Fatin agak lama.
“Fatin nak buat
apa?” Soal Abah pada anak gadisnya. Dia rasa agak janggal dengan permintaan
Fatin. Anaknya itu jarang meminta-minta selalunya.
Fatin terdiam. Dia tahu ini bukan
masa yang sesuai untuk meminta wang saku lebih. Dia tahu sekarang bapa sangat
perlukan duit, tambahan pula Nadia baru lahir.
Tapi Fatin sudah
berjanji dengan kawan-kawannya. Sudah banyak kali Nadia terpaksa memungkiri
janji kepada kawan-kawan hanya kerana masalah kewangan.
“Fatin abah
tanya ni. Fatin nak buat apa dengan wang tu?” Ujar abah perlahan. Wajah abah
sedikit berkerut. Fatin tahu pertanyaannya itu membuatkan abah jadi susah hati.
“Fatin nak beli
hadiah untuk cikgu Latifah. Satu kelas dah berjanji kongsi duit sama-sama.”
Terang Fatin
kepada abah.
“Hadiah!” Wajah
abag berkerut. Dia seperti agak terkejut.
Dari wajah abah,
Fatin tahu abah menjadi resah tiba-tiba.
Mungkin dia tak
patut menambah kesusahan abah. Sudahlah abah penat bekerja menambahkan
pendapatan, dia pula dengan mudah-mudah nak minta wang lebih.
“Takpelah abah
…” Balas Fatin dengan rasa serba salah. Dia melangkah cepat-cepat meninggalkan
abah di meja makan itu.
Hadiah!
Perkataan itu terus bermain di fikiran abah.
*********************************
“Wah cantiknya
bunga raya putih ini!”
Kencana membelek
beberapa kuntum bunga raya yang sedang kembang mekar.
“Rajin ibu kamu
tanam semua pokok-pokok bunga ini.” Ujar Kencana lagi. Dia pandang Fatin yang
seperti termenung jauh.
“Hei kawan kamu
fikirkan siapa ni!” Kencana mengusik Fatin sambil mencuit pinggangnya.
“Hish Kencana
mana ada, saya susah hatilah.” Balas fatin sambil menepis usikan Kencana itu.
“Susah
hati kenapa pula!” Kencana duduk di tepi Fatin.
“Hmm saya ingat
saya tak boleh sertai kamu semualah. Saya tak cukup duit nak kongsi untuk beli
hadiah cikgu Latifah.” Fatin bersuara perlahan.
Kencana
mengangguk, dia paham dengan keadaan keluarga Fatin. Mereka bukan orang berada.
“Kalau saya ada
duit lebih … saya boleh bantu kamu.” Kencana mula terbayangkan tabung ayam
dalam bilik. Tabung ayam itu sudah makin gemuk.
“Tak payahlah
Kencana, saya tak mahu macam tu.” Fatin bangun.
Dia memang tak
suka menerima simpati sesiapa. Ibu dan bapa selalu mengajarnya untuk hidup
bersederhana dan jangan meminta simpati orang.
Kencana jeling
Fatin. Dia tahu kawannya itu sedang susah hati.
“Fatin
bunga-bunga raya kamu kembang dan cantiklah!” Ujar Kencana dengan riang. Dia
mahu menukar topik.
“Tentu ada anak
dara cantik yang sangat rajin ni!” Tambah Kencana mengusik Fatin.
Fatin tersenyum.
“Pokok-pokok
raya semua ini abah saya yang tanam. Abah saya suka sangat dengan pokok bunga
raya. Fanatik!” Balas Fatin dengan nada bergurau.
Kedua anak gadis
itu tertawa kecil.
Dari dalam rumah kedengaran bunyi
tangisan kecil. Fatin bingkas meluru masuk kedalam rumah. Kencana pula
mengekori langkah Fatin dari belakang.
Fatin nampak ibu
yang sedang menyusukan Nadia. Dia menarik nafas lega. Fatin mengajak Kencana
menghampiri ibunya.
“Adik kamu
laparlah …” Usik Kencana bila melihat Nadia yang terus diam bila dapat menyusu.
Faizah senyum
pada Kencana. Fatin dan Kencana merupakan kawan baik di sekolah. Tambahan pula
kedudukan rumah mereka yang berdekatan membuatkan dua anak gadis itu menjadi
rapat.
“Fatin buatkan
teh nanti boleh ajak Kencana minum sekali.” Ujar ibu kepada Fatin. Fatin angguk
dia bingkas bangun ke dapur.
“Comelkan Nadia
ni makcik, gebu pulak tu!” Ujar Kencana sambil menyentuh lembut pipi gebu
Nadia. Mata Nadia bergerak-gerak.
“Mana tak gebu
asyik nak susu saja.” Balas Faizah kepada Kencana.
“Macam kakak dia
juga gebunya.” Usik Kencana yang membuatkan Faizah juga tersenyum. Memang Nadia
mirip sekali dengan wajah Fatin cuma kulit Nadia agak gelap.
“Hai mengumpat
saya ker?” Fatin menegur Kencana yang seakan berbisik dengan ibunya.
Fatin letakkan
dulang yang berisi air teh dan biskut kering. Dia mempelawa Kencana minum
petang bersama. Faizah renung kedua anak gadis itu.
“Makcik tak mahu
minun sekali?” Soal Kencana sambil menghulurkan cawan kepada Faizah.
Faizah angguk.
Keduanya keluar dari rumah dengan
senyuman. Mereka menghampiri deretan pokok bunga raya.Keadaan sudah makin
petang dan hampir gelap.
“Fatin saya kena
balik dululah. Dah nak gelap ni!”
Kencana berjalan
menghampiri basikal merahnya yang diletakkan bawah pokok jambu.
Fatin mengiringi
Kencana dengan muka gelisah.
“Kencana mereka
cadang belikan hadiah apa untuk cikgu Latifah esok?” Soal Fatin ingin tahu.
“Mereka
bercadang nak hadiahkan cikgu Latifah sejambak bunga ros dengan kek besar.”
Jawab Kencana yang cuba
mengingati perbincangan dengan ketua kelas kelmarin.
Fatin tarik
nafas panjang. Wajahnya berkerut.
Kencana dapat
melihat wajah Fatin yang bermasalah itu. Dia tahu Fatin sedang fikirkan tentang
hari esok.
“Kencana saya
rasa esok saya nak pontenglah!” Fatin membisikkan kata itu perlahan. Wajah
Kencana berkerut.
“Alah kenapa
pulak … janganlah sebab hadiah cikgu Latifah tu kamu nak ponteng pulak!”
Kencana rasa kesal.
“Kencana kamu
tak paham. Saya malulah! saya tak keluarkan duit langsung. Saya tak patut
sertai kamu semua nanti. Baik saya ponteng saja.”
Fatin mula
melahirkan rasa hatinya.
Kencana renung
wajah Fatin yang redup itu. Kencana paham perasaan Fatin.
“Hmm … saya
pahamlah Fatin. Saya kan kawan baik kamu, mestilah saya paham. Kamu jangan
risau petang esok saya datang ulangkaji dengan kamu yer.”
Kencana senyum
pada Fatin.
“Inilah kawan
baik saya.” Balas Fatin sambil mengangkat tangan. Keduanya bertepuk tangan
dengan senyuman lebar.
Fatin asyik pandang jam
yang berdetik di dinding. Dia tahu sekarang sudah waktu kelas cikgu Latifah.
Tentu kawan-kawannya sedang meraikan cikgu pelatih itu dengan gembira. Semua
pelajar sayangkan cikgu Latifah sebab dia pandai mengajar dan sangat rapat
dengan pelajar.
Hari ini
merupakan kelas terakhir dengan cikgu Latifah sebelum dia kembali ke maktab
perguruan. Fatin rasa sedih kerana tidak dapat bertemu dengan guru itu untuk
kali terakhir.
“Fatin termenung
lagi yer!” Sergah ibu dari belakang. Fatin agak terkejut dia kemudian melangkah
perlahan ke dapur.
Faizah tahu
kenapa anaknya itu tiba-tiba mengadu sakit perut. Itu cuma alasan untuk ponteng
sekolah. Dia terdengar perbualan Fatin dan Kencana semalam.
“Ibu rehat biar
Fatin masak yer hari ini.” Ujar Fatin kepada Faizah sambil tangannya membasuh
beras dalam periuk.
Faizah duduk
perlahan atas kerusi. Dia kena berhati-hati kerana luka bersalinnya masih belum
sembuh.
“Ibu nak makan
apa, biar Fatin masakkan!” Fatin buka api gas. Dia letakkan periuk atas dapur
untuk menanak nasi.
“Apa pun Fatin
masak ibu makan saja. Ibu penatlah Fatin, ibu pergi rehat sekejab yer.”
Fatin
mengangguk. Ibu melangkah perlahan menuju biliknya.
Di ruangan dapur itu kelihatan Fatin
sedang sibuk memasak. Dia mengoreng ikan dan sayur. Fatin juga masakkan sup
kepada ibu.
Sudahnya dia
terduduk penat atas kerusi di meja makan.
Fatin renung
lagi jam di dinding. Sekarang sudah hampir 2 petang. Tentu Kencana pun sudah
pulang dari sekolah.
****************************
Fatin renung deretan pokok bunga
raya yang agak layu terkena panas matahari. Hari ini panas sedikit membahang.
Kipas angin dalam rumah langsung tidak dapat menyejukkan.
Fatin sengaja
duduk luar rumah untuk mengambil angin luar.
Dia duduk atas
kerusi rotan yang sudah buruk berhampiran pokok bunga raya. Betul kata Kencana, bunga raya yang pelbagai bentuk dan
warna itu begitu cantik dan menarik.
“Fatin!” Satu
suara menegurnya dari belakang. Fatin kenal benar suara itu tapi mustahil.
Fatin menoleh
segera.
“Cikgu Latifah!”
Mata Fatin membutang. Dia sangat terkejut melihat cikgu Latifah di depan
matanya.
Cikgu Latifah
hanya tersenyum lebar.
“Cikgu masuklah
dulu!” Pelawa Fatin dengan sopan.
Cikgu Latifah
mengeleng.
“Nanti dululah …
lagipun saya nak bersembang dengan kamu.” Ujar cikgu Latifah yang turut duduk
di tepi Fatin.
“Kreeokk!”
Kerusi rotan itu berbunyi saat punggung cikgu melekap atasnya.
“Maaf cikgu …” Fatin rasa segan dengan keadaan itu.
Cikgu Latifah sebaliknya berlagak biasa saja.
“Cantiknya
pokok-pokok bunga kamu!” Ujar cikgu Latifah sambil tangannya menyentuh kelopak
bunga raya berwarna merah terang.
Dia mencium
kelopak bunga tersenyum dengan senyuman manis.
“Kenapa ponteng
hari ini?” Soal cikgu Latifah yang mula agak serius. Fatin hanya menariknafas
panjang.
“Kamu pelajar
yang pandai. Kamu ada potensi untuk jadi pelajar cemerlang Fatin. Jangan sebab
benda-benda kecik kamu patah semangat.” Cikgu Latifah mula berbicara dengan
Fatin.
Fatin di
sebelahnya hanya tertunduk memandang lantai.
“Cikgu tak paham
…!” Balas Fatin sayu.
Cikgu Latifah
merenungnya lama.
“Fatin cikgu
paham. Cikgu pun orang susah juga. Malah lagi susah dari kamu. Semangat dan
usaha saja yang buat cikgu berada di sini, hari ini.” Cikgu Latifah juga
kelihatan menjadi sayu bila menyebut tentang dirinya.
Fatin renung
wajah cikgu Latifah lama. Wajah itu sangat mulus dan tenang.
“Fatin, cikgu
paling sayangkan kamu sebab kamu mengingatkan cikgu pada diri sendiri. Ingat
tau, semangat dan usaha saja yang boleh ubah nasib kita.” Ujar cikgu Latifah
lagi.
Fatin
mengangguk. Dia terus memeluk erat cikgu muda itu.
“Cikgu …”
Kedengaran suara abah dari belakang. Fatin dan cikgu Latifah menoleh agak
terkejut.
“Hadiah untuk cikgu!”
Abah hulurkan sesuatu yang berbungkus plastik merah kepada cikgu Latifah.
Didalamnya terdapat anak pokok bunga raya yang masih kecil.
“Abah …” Fatin
menjeling abahnya. Dia rasa malu bila abah menghadiahkan benda itu kepada guru
kesayangannya.
Abah jadi
serba-salah. Mukanya merah menahan malu.
Cikgu Latifah
menyambut dengan senyuman manis.
“Bunga raya?”
Soal cikgu Latifah mesra kepada abah.
“Hmm … maaflah
cikgu …” Suara abah perlahan. Dia rasa amat serba salah.
“Saya memang
suka sangat bunga raya. Dekat rumah saya penuh dengan koleksi bunga raya tau.”
Balas cikgu Latifah dengan muka yang begitu teruja.
“Ini pakcik dah
cantumkan bakanya yer!” Ujar cikgu Latifah lagi sambil membelek anak pokok
bunga raya tersebut.
Abah mengangguk.
“Ha ah, saya
cantumkan benih bunga warna merah, putih dan kuning.” Balas abah sambil membuka
plastik tersebut.
Mereka kelihatan
membelek-belek anak pokok tersebut.
“Bagusnya
pakcik, dah lama sangat saya cari baka begini. Susah sangat nak dapat.” Wajah
cikgu Latifah bersinar. Dia kelihatan begitu teruja dan seronok.
Fatin pandang dengan rasa keliru.
Dia seperti tidak percaya. Cikgu Latifah dapat sejambak bunga ros. Tu ha dalam
kereta dia. Dari luar ini pun nampak. Mustahil dia sukakan bunga raya yang
biasa ni.
“Fatin!” Cikgu Latifah
menghampiri Fatin dengan senyuman.
“Terima kasih
pada ayah awak yer. Anak pokok bunga raya ni dah lama cikgu cari tau. Rupanya
ayah kamu pandai buat teknik cantuman.” Cikgu Latifah membelek-belek anak pokok
bunga raya dengan wajah teruja.
“Peliklah!” Ujar
Fatin perlahan.
Cikgu Latifah
merenung Fatin.
“Apa yang
peliknya?” Soal Cikgu Latifah kepada Fatin kembali.
Fatin senyum dia
mengelengkan kepala.
“Jarang ada
orang muda yang sukakan bunga raya!” Fatin melahirkan rasa kelirunya.
Cikgu Latifah
tersenyum.
“Itu mungkin
orang lain, bukan cikgu. Cikgu sukakan
bunga raya sebab ia melambangkan kita. Bunga raya bunga kebangsaan kitakan.”
Cikgu Latifah ingin terangkan sesuatu kepada Fatin namun muridnya itu cepat
saja memintas katanya.
“Memanglah tapi
…” Fatin masih tidak puas hati dengan penerangan cikgunya itu.
“Fatin bunga
raya sinonim dengan warna merah. Merah itu melambangkan semangat dan keberanian
kita. Bunga raya ada lima kelopak yang menandakan lima prinsip rukun negara
yang kita pegang. Kepelbagaian warna dan bentuk bunga raya mewakili kita di
Malaysia. Kita yang hidup berbilang kaum dengan aman dan makmur. Kalau bukan
kita yang menyanjung bunga raya yakni bunga kebangsaan kita sendiri, siapa lagi
Fatin!”
Terang cikgu
Latifah panjang lebar dengan penuh bersemangat. Fatin mula memikirkan kebenaran
kata-kata gurunya itu.
Fatin angguk.
“Fatin kena
belajar jadi warganegara yang baik. Warganegara yang berbakti dan berguna untuk
keluarga, bangsa dan tanahair. Fatinlah generasi yang akan memimpin pada masa hadapan.
Jadilah pemimpin yang menghargai dan mencintai budayanya sendiri. Apa kata kita
mulakan semangat itu dengan belajar mencintai bunga raya, bunga kebangsaan kita
sendiri!”
Nasihat cikgu
Latifah lagi. Dia pegang tangan Fatin dengan erat.
“Fatin paham cikgu.
Fatin dah faham!” Ujar Fatin lembut sambil mengucup mesra tangan gurunya.
Abah yang masih
memerhati dari jauh tersenyum puas. Atas sebab itu jugalah dia amat fanatik
kepada bunga raya bak kata anaknya itu.
********************************
TAMAT
No comments:
Post a Comment