PERWIRA LIMA BERSAUDARA
Awan
hitam yang berarak laju atas kepala makin gelap dan kelabu. Asap hitam dan
habuk yang muncul dari celahan bangunan runtuh memenuhi ruang udara. Rizan
tutup mulutnya dengan tangan. Dia jadi
makin gelisah dan risau dengan keadaan persekitaran. Udara sudah tercemar dan
dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang makin tinggi.
Cuaca pula
seakan bergelap dan malam dengan cahaya samar.
“Rizan berapa
lama lagi kita terpaksa begini?” Suara Hakimi yang penuh kerisauan seakan tidak
kedengaran.
Keadaan di situ
menjadi porak peranda. Bandar itu seakan sudah musnah dan hancur.
Rizan hanya
mengelengkan kepala kepada kawan baiknya itu. Dia juga tidak punya jawapan.
“Gone City”
sudah bergelap hampir seminggu rasanya. Semuanya akibat serangan raksasa pelik
yang menyerang bandar itu tiba-tiba.
Rizan tekan punat pada jam besar di
pergelangan tangan. koordinasi nombor yang kelihatan di permukaan jam bertukar
ganti dengan pantas.
“Hakimi kita
kena bertindak cepat. Mereka dan sampai!” Rizan menjadi risau sambil memandang
langit. Koordinasi nombor yang bergerak pantas menunjukkan kewujudan raksasa
gergasi makin menghampiri mereka.
Awan yang
bergerak pantas juaga bagaikan petanda ada perkara buruk yang akan berlaku.
Hakimi semakin risau. Dia tahu keadaan sudah semakin
serius.
“Arhhh tolong
!!!! tolonggg !!!”
Tiba-tiba
terdengar satu jeritan kuat.
Di satu arah
kelihatan ramai orang mula lari lintang pukang.
Mereka
seolah-olah sedang dikejar sesuatu.
Rizan dan Hakimi
saling berpandangan.
“Cepat kita kena
selamatkan “Gone City ”!”
Laung Rizan penuh semangat.
Mereka berdua
dengan pantas menekan punat pada jam besar di pergelangan tangan.
“Robot Biru
bersedia, tukar pakaian!” Ujar Rizan
memberi arahan.
Satu cahaya biru
mula menyelubungi Rizan. Bajunya berganti dengan pakaian seragam robot lengkap
bersenjata berwarna biru.
“Robot Merah
bersedia, tukar kenderaan !!!” Jerit Hakimi pula.
Satu cahaya
merah pula menyelubungi Hakimi dan kemudian dia bertukar menjadi kereta pacuan
empat roda berwarna merah. Kereta itu besar dan warnanya bersinar-sinar.
Dengan lagak
seorang superhero, Rizan buka pintu kereta penuh gaya .
Dia kemudian memandu kereta tepat ke
arah raksasa pelik yang sedang mengejar orang ramai.
“Keluarkan
peluru berpandu!” Rizan menekan punat yang ada dalam kereta tersebut.
Dari bahagian
tepi kereta kelihatan peluru berpandu sudah sedia dilepaskan.
“Tembak !!!”
Rizan menekan
punat berkali-kali. Dia harus memastikan tembakan itu terkena sasaran.
“Dushh!!!
Dushhh!!! Dushhhh!!!!”
Beberapa peluru
sudah menembusi badan raksasa tersebut. Namun raksasa itu masih bertahan. Dia
menghampiri Rizan dengan muka ganas.
Hati Rizan mula
berdebar namun dia kuatkan juga semangat. Dia mesti selamatkan bandar “Gone
City ” dari serangan raksasa pelik
tersebut.
Raksasa tersebut
mengeluarkan api dari mulutnya dan menghala tepat kepada arah Rizan.
Kereta terbakar
dan terpelanting jauh.
Rizan jadi
marah. Dia keluar dari kereta dengan seluruh badan yang terbakar.
“Jurusan
maut!!!” Jerit Rizan lagi dengan kuat. Rizan cuba
melawan raksasa pelik yang ingin memukulnya. Rizan mengelakkan kepalanya dari
diketuk tangan besar raksasa tersebut.
“Ahhh serangg!!!
Nak ambil … ambil !!!” Rizan ingin membalas serangan itu dengan memukulnya
kembali.
“Rizannnn !!!!”
Satu jeritan
kuat memanggil namanya. Dia buka mata perlahan nampak wajah ibu yang menyinga
di hadapannya.
“Rizan bangun!!!
Bangun mandi!”
Jeritan ibu
bergema. Rizan mengosok matanya berkali-kali.
Dia rasa pelik
kenapa raksasa pelik itu boleh bertukar menjadi wajah ibu. Kenapa mereka berada
dalam biliknya dan bukan di “Gone City ”.
“Mustahil aku
bermimpi lagi nie!” Rizan jadi keliru.
Mungkin raksasa
itu sengaja ingin mengelirukan aku.
“Serangggg
hapuskan raksasa gemukkk!!!” Rizan menghalakan tangannya tepat kearah ibu.
Puan Suraya
tambah geram. Anaknya itu masih tidak sedarkan diri.
“Hei Rizannn ….
buka mata tu!” Puan Suraya terus memulas telinga Rizan dengan kuat.
Rizan terkejut
matanya terbuka luas.
Rizan pandang
seluruh bilik yang penuh dengan pelbagai poster superhero. Ada
poster Superman, Batman, Spiderman dan banyak lagilah. Dia rasa pening
tiba-tiba.
“Kamu tunggu apa
lagi … cepatttt!” Ibu cekak pinggang dengan muka yang merah padam. Rambut ibu
mengerbang seperti singa lapar.
“Aduh sakitlah
ibu!” Rizan melompat dari katil. Dia dengan pantas mencapai tuala dan berlari
ke bilik air.
Puan Suraya
kemaskan katil anak sulungnya yang berselerakan. Bantalnya semua jatuh
kelantai.
“Hish …
asyik-asyik berangan jadi superhero.” Rungut puan Suraya sambil membuka tingkap
bilik Rizan.
Anak lelakinya
itu memang sangat fanatik dengan superhero. Tengoklah poster-poster yang
memenuhi biliknya itu hinggakan terbawa-bawa dalam mimpi.
******************************
Rizan sudah berkali-kali menguap.
Dia rasa sangat mengantuk. Semalam dia bermain permainan komputer hingga lewat
malam. Cikgu Rodziah yang sedang menerangkan sesuatu dihadapan langsung tidak
menarik perhatiannya.
Rizan ingat lagi
dengan mimpinya semalam. Dia sangat teruja dengan mimpi itu namun mimpi
indahnya itu terganggu. Raksasa di “Gone
City ” berganti dengan wajah ibu
pulak.
Rizan tergelak
sendiri. Dia rasa kelakar.
“Rizan, kenapa
senyum sendiri ni. Okay bangun dan jawab soalan saya.” Dari depan cikgu Roziah
sedang memberikan arahan kepada Rizan.
Rizan tersentak.
Dia bangun perlahan. Semua pelajar sedang merenungnya.
“Cuba
kamu namakan perwira yang merupakan pahlawan Melaka pada zaman dahulu?” Cikgu
Roziah berjalan menghampiri Rizan.
Dahi Rizan
berkerut dia cuba
memikirkan jawapannya namun buntu. Kosong!
“Hai mustahil
kamu tidak kenal superhero yang lima
bersaudara!” Cikgu Roziah mula memberi klu kepada Rizan.
Rizan gelengkan
kepala. Dia betul-betul tidak tahu.
“Baiklah saya
bagi klu … mereka perwira lima
bersaudara. Kiranya merekalah superhero pada zaman dahulu!”
Cikgu Rodiah
ingin membantu Rizan menjawab.
Rizan masih terkumat-kamit
dengan dahi yang berkerut. Dia pandang pada Hakimi yang berada jauh belakang
kelas.
“Mustahil kamu
tidak tahu superhero berlima yang sangat terkenal itu.”
Ujar Cikgu
Roziah mengelengkan kepala.
Pelajar sekarang
kurang mengambil tahu tentang sejarah lama malah mereka tidak kenal langsung
dengan tokoh-tokoh sejarah.
Rizan tahu tentu
cikgu Roziah kecewa dengan pengetahuannya yang amat cetek.
Rizan pandang
seluruh kelas dengan rasa malu.
“Selagi kamu tak
jawab selagi tulah kamu kena berdiri.” Cikgu Roziah sengaja menegaskan suaranya
bila melihat Rizan menutup rapat mulutnya tanpa mahu cuba
menjawab.
Hakimi silangkan
tangannya. Dia seakan memberi isyarat kepada Rizan. Rizan senyum dia sudah tahu
jawapannya.
“Power
Ranges cikgu!” Rizan menjawab dengan
selamba.
Berderai ketawa
satu kelas. Seluruh kelas mengelengkan kepala dengan ketawa panjang.
Rizan tertunduk
malu.
Cikgu Roziah
juga tersenyum nipis.
“Kamu ni Rizan,
balik nanti kamu cari dalam internet. Tanyakan sesiapa atau apa saja caranya.
Esok kamu mesti bagi jawapan di hadapan kelas.”
Cikgu Roziah
menyuruh Rizan duduk. Dia kemudian melangkah kehadapan kelas.
“Pelajar semua
ingat esok kita akan dengar cerita dari Rizan tentang perwira lima
bersaudara.”
Cikgu Roziah
mengemas buku dan fail atas meja.
Dari belakang
Rizan renung langkah cikgu muda itu dengan rasa kesal. Dia susah hati
memikirkan tugasan itu.
“Habislah aku!”
Bisik Rizan dalam hati.
Rizan dapat
melihat wajah teruja seluruh kelas yang seakan sudah tidak sabar untuk ketawa
padanya.
Dia rasa risau
dan gelisah memikirkan perkara itu.
******************************
Nasi di pinggan seakan tidak terusik langsung. Wajah
risau anaknya itu ketara sekali.
Puan Suraya
sumbat nasi kedalam mulut sambil merenung tajam kewajah Rizan.
Tangan Rizan
kelihatan menguis nasi perlahan-lahan. Dia kemudian ingin sumbatkan nasi dalam
mulut namun tak jadi. Anaknya itu macam sedang menanggung masalah besar saja.
“Macam angau jer
ni …!”
Puan Suraya
minum air perlahan.
“Rizan, ibu
masak tak sedap ker?” Soal puan Suraya sengaja ingin melihat respon Rizan.
Anaknya itu hanya mengeleng perlahan.
“Kenapa ni ada
raksasa gemuk serang kamu tengah jalan ker!” Puan Suraya cuba
berjenaka.
Puan Suraya
senyum nipis. Dia rasa lawak teringat akan peristiwa pagi tadi.
Wajah Rizan
makin masam. Dia pandang ibunya geram.
Rizan bangun
menuju singki. Dia terasa yang ibu sengaja ingin menyindirnya.
“Uish Power
Rangers mana boleh marah-marah!” Ajuk ibu lagi. Dia menghampiri Rizan.
“Ibu ni …” Rizan
sudah tidak tahan lagi. Dia malu bila fikirkan gelagatnya pagi tadi.
“Kenapa dengan
hero ibu ni?” Tanya puan Suraya lagi.
“Rizan
peninglah, cikgu dekat sekolah tadi tanya bukan-bukan!” Rizan mula membuka
cerita.
Ibu mengangguk
perlahan.
“Lah ingatkan
masalah cinta tadi …” Usik ibu lagi.
Rizan jeling
ibunya. Dia makin geram.
“Ibu ni
main-main pulak!” Rizan melangkah pantas menuju ruang tamu.
Dari dapur puan
Suraya tersenyum sendiri. Rizan manja sebab dia anak tunggal. Puan Suraya
selalu manjakan anak lelakinya itu. Dia tidak bekerja jadi Rizan mendapat
sepenuh perhatian ibunya.
Rizan tekan punat televisyen. Dia
pandang jam besar yang tergantung di dinding.
“Yess!” Rizan
senyum lebar. Sekarang siaran untuk rancangan Wonder Pets. Nasib baik dia tidak
ketinggalan.
Dia duduk atas
sofa sambil melayan rancangan itu dengan wajah riang.
“Kenapa tak
panggil ibu tengok sekali, nasib baik
sempat tengok.”
Usik ibu sambil
duduk sebelah Rizan. Rizan terus mencebik bibir pada ibunya.
“Kenapa dengan
anak ibu ni. Cikgu tanya apa ni Rizan!” Puan Suraya cuba
memujuk anaknya itu.
“Cikgu Rizan
tanya siapa perwira lima
bersaudara. Manalah Rizan tahu.” Balas Rizan dengan suara perlahan.
“Hish bukan
Power Rangers ker!” Sengaja puan Suraya ingin berjenaka.
“Ibu ni
bukanlah!” Marah Rizan. Dia tahu ibu sengaja ingin mengusiknya.
“Kalau nak kata
Ninja Turtle, mereka tiga bersaudara pula …” Puan Suraya bangun. Dia jalan
mundar mandir seperti memikirkan sesuatu.
“Ibu! Bukanlah …
lima bersaudara perwira zaman
dahululah!” Bentak Rizan yang tidak tahan melihat ibu yang sengaja mengusiknya.
“Ohh senang je
tu, Ibu pun tahu!” Balas puan Suraya dengan lagak sombong.
Rizan seperti
tidak percaya. Dia mula menghampiri ibunya dengan senyuman manis.
“Ibu beritahulah
Rizan … Lagipun esok cikgu nak Rizan ceritakan depan kelas.” Jelas Rizan
melahirkan kerisauan pada ibunya.
Puan Suraya
tambah paham kenapa anaknya itu gelisah sangat.
“Patutlah …
Rizan takut nak cerita depan kelas yer.” Tambah ibu.
Rizan angguk.
Memanglah dia takut nak bercerita di hadapan kelas. Semua kawan-kawan mesti akan
tertawakan dia nanti.
“Itulah Rizan …
asyik agung-agungkan superhero barat jer. Kita sendiri pun ada superhero tau!” Gomel
ibu lagi.
Rizan dengar
saja leteran ibunya itu.
“Ibu cepatlah
siapa lima bersaudara tu!” Rizan
sudah tidak sabar untuk mendengar jawapan ibu.
“Lima
bersaudara itu tentulah Hang Tuah dah kawan-kawannya!” Ibu mula membuka cerita.
Rizan sikit
terpinga. Rasanya dia pernah mendengar nama itu cuma dia kurang kenal.
“Hang Tuah dan
kawan-kawan?” Soal Rizan pada ibu.
“Hang Tuah,
Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu. Sejak kecil lagi mereka telah menjadi
superhero. Mereka melindungi orang
Melaka dari sebarang kejahatan. Mereka ada kuasa dalaman yang hebat tau, kuasa
yang boleh mengalahkan semua musuh!”
Terang ibu
panjang lebar.
“Maksud ibu Hang
Tuah dan kawan-kawan ada kuasa misteri!”
Rizan semakin
teruja untuk mendengar cerita yang keluar dari mulut puan Suraya.
“Kuasa misteri
yang mereka dapati setelah mendalami ilmu persilatan. Mereka bertapa selama
beberapa bulan untuk dapatkan kuasa itu. Kuasa itulah yang menolong mereka
menumpaskan semua musuh.” Puan Suraya
semakin bersemangat untuk meneruskan ceritanya. Tambahan pula, Rizan seperti
terpaku memandangnya tanpa berkelip langsung.
“Kuasa apa tu
ibu!” Rizan semakin teruja.
Dia tidak
sabar untuk mengetahui dengan lebih
lanjut.
“Rizan ibu
dahagalah …!” Sengaja puan Suraya menekan suaranya yang agak serak itu. Rizan
membentak. Dia tahu ibu sengaja ingin mengusiknya.
“Ibu nie
cepatlah! Kuasa apa yang mereka ada ibu?”
Soal Rizan
semakin tidak sabar.
“Okaylah ibu
sambung. Cuba Rizan fikir zaman dahulu mana ada senjata. Mana ada baju
pelindung yang tebal-tebal tu. Tetapi dengan adanya kuasa tersebut. Perwira lima
bersaudara tetap berjaya menyelamatkan Melaka dari sebarang ancaman musuh.
Hebat tak kuasa itu, Superhero berganda-ganda tak mereka?” Soal puan Suraya
sengaja ingin anaknya itu lebih berfikir.
“Tentu kuasa itu
sangat hebat!” Rizan menjadi sangat taksub.
“Mestilah, cuba
Rizan fikir mereka masih kecil tapi sudah mampu mengalahkan orang dewasa yang
jahat. Mereka berjaya mengusir penjajah yang cuba
menawan Melaka pada zaman itu. Bayangkan penjajah datang dengan kapal besar
tapi lari pulang sebab takutkan mereka!”
Tambah puan
Suraya yang makin semangat bercerita.
“Hebatnya kuasa
tu!” Rizan mula membayangkan tentang kuasa misteri tersebut.
“Salah, bukan
kuasa tu yang hebat tapi mereka berlima yang hebat! Tanpa mereka kuasa itu
tidak boleh boleh buat apa-apa pun.”
Puan Suraya
betulkan pandangan anaknya.
“Maksud ibu
mereka yang lagi hebat dari kuasa tersebut! Wah hebatnya.” Mulut Rizan
melopong. Dia pandang ibu seperti tidak percaya.
“Kuasa ni lagi
hebat dari semua kuasa yang ada. Bila kita ada kuasa ini, kita akan jadi kuat
lebih dari segala-galanya.”
Ibu makin
semangat. Malah ibu sudah berdiri tegak di hadapan Rizan.
“Kuasa apa tu
ibu!” Rizan terus terlopong dengan cerita ibunya.
“Kuasa yang
sangat hebat dan kuat itu, namanya semangat dan keberanian. Semangat untuk
melawan semua kuasa jahat. Semangat untuk menolong rakyat jelata. Semangat
untuk mempertahankan negara. Keberanian menentang apa saja demi pertahankan
tanah air! Itulah kuasa yang paling hebat. Merdeka! Merdeka! Merdeka!”
Ibu mengangkat
tangannya melaungkan perkataan merdeka dengan penuh bersemangat.
Mulut Rizan
ternganga luas. Matanya tidak berkedip langsung. Ibunya itu kelihatan sangat
bersemangat.
Rizan terdiam lama. Mulanya dia rasa marah
pada ibu. Namun dalam hatinya seakan terdetik semangat mereka.
“Rizan betul tak
kata ibu, kerana semangat dan keberanianlah negara kita mencapai kemerdekaan.
Kerana semangat merekalah kita menjadi bangsa yang bebas dari sebarang
penjajahanan. Negara kita aman dan damai. Cuba Rizan tengok negara-negara lain.
Mereka makanan pun tidak cukup. Nasib baik kita ada perwira yang punya semangat
dah keberaniankan. Hanya berbekalkan semangat dan keberanian mereka telah
pertahankan negara kita!”
Terang ibu pada
Rizan.
Rizan mengangguk. Dia paham dengan apa yang cuba
ibu sampaikan.
“Jadi Rizan rasa
siapa yang lagi hebat. Power Rangers ker Perwira lima
bersaudara? Superman ke Perwira lima
bersaudara?” Soal ibu bertalu-talu.
Rizan termenung
agak lama.
“Tentulah
Perwira lima bersaudara! Kisah Hang
Tuah dan kawan-kawannya ada dalam buku tak ibu. Bestlah Rizan nak bacalah.”
Rizan rasa semakin ingin tahu dan menyelongkar sejarah Hang Tuah dan
kawan-kawannya.
“Banyak Rizan,
dalam internet pun banyak! Banyak lagi perwira dulu-dulu yang hebat tau. Mereka
melawan musuh-musuh yang mengancam negara kita. Mereka sanggup berkorban dan
ada yang mati demi mempertahankan negara kita macam Leftenan Adnan.” Ujar ibu
lagi.
Rizan renung
wajah ibu.
“Patutnya
merekalah yang jadi superhero kita kan
ibu!” Rizan mula terfikirkan perkara
tersebut.
Ibu tersenyum
lebar kepada Rizan.
Rizan tiba-tiba
mendapat idea bagaimana untuk membuat pembentangan di hadapan kelas esok. Dia
kena berani dan bersemangat barulah boleh menjadi anak cicit kepada Perwira lima
bersaudara. Dia merancang untuk mengarang sebuah syair menceritakan tentang
keberanian dan semangat Hang Tuah dan kawan-kawan demi mempertahankan negara.
Tentu satu kelas
akan terlopong dengan keberaniannya nanti. Sudah tentu cikgu Roziah akan
bertepuk tangan bangga dengan Rizan.
Rizan rasa sudah
tidak sabar lagi menunggu hari esok.
No comments:
Post a Comment