NAK
BALIK KER DAH TAHU ….
Hanis renung jam di pergelangan
tangan. Ruangan perpustakaan masih agak ramai dengan pelajar yang mahu membuat
ulangkaji. Waktu peperiksaan beginilah perpustakaan itu akan penuh dengan
pelajar.
Hanis tersenyum sendiri melihat
pelajar yang sedang tekun membaca buku, ada juga yang sedang berlatih menjawab
soalan secara berkumpulan malah ada juga yang sedang mengambil peluang
ber’dating’ di perpustakaan tersebut.
Hanis teruskan membaca novel bersiri
yang amat diminatinya itu sambil menunggu Fazli yang masih tidak muncul. Hanis
dapat melihat seorang lelaki yang agak berusia dengan tekun membaca buku.
“Pelajar luar kampus barangkali.”
Bisik hati Hanis sendiri. Kebanyakkan pelajar Luar Kampus memang terdiri dari mereka
yang sudah berusia. Mereka selalu merupakan golongan pekerja yang belajar
separuh masa di universiti tersebut.
Sudah hampir dua jam menunggu namun
Fazli masih tidak datang. Hanis cuba
menghubunginya namun telefonnya tidak berangkat. Hanis tarik nafas bosan. Dia
tidak mahu terus menunggu dan buang masa. Hanis mengambil keputusan untuk terus
mengulangkaji pelajaran sendirian.
Hanis buka buku latihan bersama
dengan kertas soalan peperiksaan lalu. Hanis terus membuat latihan dengan tekun
hingga tidak sedar masa yang terus berlalu.
“Adik boleh abang duduk!” Satu suara
mengejutkan Hanis yang sudah terlentok pada meja. Hanis tidak sedar yang dia
sudah tertidur semasa tekun mengulangkaji.
Hanis pandang seluruh kawasan
perpustakaan yang sepi. Mungkin waktu sudah semakin lewat hanya kelihatan
beberapa orang petugas yang sedang menahan rasa mengantuk di kaunter.
“Adik boleh abang duduk?” Ujar
lelaki itu lagu kepada Hanis yang masih mengantuk.
Hanis mengangguk sambil mengesat
matanya yang masih layu itu. Hanis seperti pernah melihat lelaki tadi. Rupanya
itulah lelaki yang agak berusia yang dia lihat sebentar tadi.
“Ulangkaji seorang saja, kamu tidak
takut?” Lelaki tersebut memulakan bicaranya.
“Ramai orang dekat sini nak takut
apa!” Jawab Hanis agak berjenaka.
Lelaki itu tersenyum nipis.
“Adik baca novel misteri. Mesti suka
cerita-cerita misteri.” Lelaki tersebut membelek novel misteri yang ada
dihadapan mereka.
“Bolehlah layan-layan rasa bosan.”
Balas Hanis kepada lelaki yang mudah mesra.
“Adik dah lama belajar di sini?”
Soal lelaki itu lagi.
“Adalah dekat 3 tahun, lagipun dulu
saya buat diploma dan sekarang sambung ijazah.” Hanis pandang sekeliling yang
makin sepi. Dia lihat jam di kaunter berdekatan. Jam bary menunjukkan pukul 10
malam.
“Hmm .. masih awal lagi tapi dah
sunyi pula.” Hanis rasa hairan, selalunya pelajar menunggu hingga perpustakaan
itu tutup barulah mereka beredar. Waktu musim peperiksaan begini, perpustakaan
akan beroperasi hingga pukul 12 malam.
“Wah dah lama kamu belajar di sini
yer. Hmm kamu tak ada mendengar tentang cerita misteri dalam universiti.
Ceritalah boleh hilangkan rasa mengantuk.” Mesra saja lelaki tersebut membuka
bicara.
“Entahlah abang, saya jarang layan
cerita-cerita karut dalam universiti. Malas saya nak percaya.” Balas Hanis
lagi.
“Oh begitu rupanya. Kamu selalu
belajar hingga lewat begini, tak takutkah!” lelaki tersebut seperti ingin
mengusik Hanis.
“Ramai orang sekitar kawasan ini,
buat apa nak takut.” Sanggah Hanis. Inilah pegangannya pun selama ini.
“Kamu yakin mereka itu orang
entah-entah …” Suara lelaki itu perlahan dan menyeramkan. Hanis tahu dia
sengaja ingin menakutkan Hanis.
“Hish menakutkan saya sajalah. Saya
pergi tandas sekejablah.” Hanis rasa ingin memcuci muka sebelum balik.
Hanis melangkah menuju tandas sambil
mengelengkan kepalanya mengingati kembali kata-kata lelaki berkenaan.
Kembali dari tandas, Hanis mendapati
lelaki berkenaan sudah tiada. Hanis memandang seluruh kawasan tersebut untuk
mencari keliba lelaki tadi. Dia terpandang lelaki tadi yang sedang berada berdekatan rak hadapan. Hanis
tersenyum namun dia kemudian tersedar sesuatu, dia kembali menoleh dan merenung
lelaki terbabit.
“Ha!” Mulut Hanis ternganga. Dia
dapat melihat lelaki tadi bergerak namun kakinya tidak menjejak lantai. Hanis
telan air liur menahan rasa takut. Dengan pantas dia mengemaskan semua buku dan
barangan untuk beredar dari perpustakaan tersebut.
Hanis angkat beg dan melangkah laju
keluar dari pintu perpustakaan. Hanis letak kad atas kaunter dan ingin berlalu
dengan laju namun dia terlanggar seseorang.
“Maaf bang, maaf.” Ujar Hanis
tergesa-gesa menguti kembali barangnya yang terjatuh.
“Takpe … hai kenapa kamu
terburu-buru. Nak kemana ni?” Soal lelaki yang dilanggarnya.
Jantung Hanis berdenyut kencang,
suara itu seperti pernah didengarnya. Hanis mendongak perlahan.
“Ha…” Jantung Hanis seakan tidak
berdenyut lagi. Rupanya itulah lelaki misteri yang menegurnya tadi.
“Nak kemana terburu-buru?” Soal
lelaki itu lagi dengan renungan tajam kepada Hanis.
“Nak balik …” Jawab Hanis dengan
suara yang terketar-ketar. Dia sudah bersedia untuk memecut lari.
“Nak balik ker dah tahu ….” Suara
lelaki itu penuh sinis dan menyeramkan. Hanis tidak menunggu lagi, dia terus
membuka langkah seribu. Hanis berlari dengan sekuat hati tanpa menoleh belakang
lagi.
******************************
Fazli merenung pelajar yang masih
beratur panjang dihadapannya. Dia renung jam di pergelangan tangan. Fazli tahu
dia sudah terlambat untuk berjumpa dengan Hanis di perpustakaan.
“Habislah aku.” Keluh Fazli yang
tahu pasti dia akan dimarahi oleh Hanis nanti.
Pelik Fazli melihat mesin ATM yang
penuh dengan orang menunggu giliran dan dia terpaksa beratur panjang. Selalunya
waktu malam begini orang sudah berkurangan.
“Aduh ramai pula orang malam ini.”
Fazli mengeluh agak kuat.
“Betullah adik, abang pun dah tunggu
lama ni!” Sampuk seorang lelaki yang berada di hadapan Fazli.
“Oh pagi tadi okay saja saya tengok.
Mungkin duit biasiswa dah keluar kot.” Balas Fazli pula memulakan perbualan
dengan lelaki yang agak berusia dihadapannya itu.
“Kamu dah lama belajar di sini?”
Ujar lelaki itu untuk meneruskan perbualan dengan Fazli.
“Lama jugalah bang dalam 4 tahun
begitu.” Fazli gembira bila dapat berbual begitu, sekurangnya dia tidaklah rasa
terlalu bosan menunggu.
“Lambat lagi ni. Kamu tidak takutlah
keluar belajar malam-malam begini?” Tambah lelaki itu lagi.
“Susahlah kalau takut bang, hidup
pelajar memang begini. Siang malam macam tiada bezalah.” Fazli tahu sebagai
pelajar begitulah dunia mereka.
“Betul juga kata-kata kamu, tak ada
cerita misteri dalam kampus!” Soal lelaki itu lagi.
“Banyak bang tapi saya malas layan.
Lagipun mereka yang suka tambah-tambah cerita. Hahahaha.” Fazli mula rasa
selesa bersembang dengan lelaki tersebut.
“Kamu tak takut?” Lelaki itu
merenung Fazli lagi.
“Ramai orang bang buat apa nak
takut. Hahaaha …” Fazli ketawa lagi. Dia rasa kelakar dengan pertanyaan lelaki
tersebut.
“Hahaaha betul juga tapi cuba
kamu tengok semua yang sedang berbaris di hadapan kita, kamu yakinkan mereka
ini orang biasa!’ Soal lelaki itu perlahan dengan suara yang menyeramkan.
“Hahaha .. pandailah abang buat lawak.”
Fazli rasa terhibur dengan cara lelaki itu cuba
membuat lawak.
Agak lama beratur akhirnya sampailah
masa mereka berdua. Lelaki tersebut mendekati mesin ATM. Dia kemudian menoleh
dan mengeluarkan kad bank.
Fazli meraba poket seluar dan
mengeluarkan kad bank. Namun kad tersebut tersangkut pada bajunya dan jatuh
kebawah.
Fazli tunduk untuk mengambil kad
banknya semula. Kad itu terjatuh betul-betul belakang lelaki tadi. Saat
mencapai kad yang terjatuh atas lantai Fazli dapat melihat kaki lelaki tersebut.
Dia bangun namun Fazli seperti rasa ada yang tidak kena.
Dia tunduk dan merenung semula sepasang kaki lelaki tersebut. Kakinya tidak
memijak lantai lansung. Dada Fazli berombak kasar dan jantungnya mula berdenyut
kencang.
Fazli menoleh belakang dan melangkah
meninggalkan tempat itu dengan segera. Dia pantas belari menuju tempat
meletakkan kereta. Fazli memicit punat dah membuka pintu kereta pantas.
“Adik kenapa terburu-buru, nak
kemana?” Satu suara menegur Fazli saat Fazli ingin menutup pintu kereta.
Fazli menoleh, namun dia terpandang
wajah lelaki yang berbual dengannya tadi.
“Saya nak balik …” Balas Fazli
dengan suara yang tersangkut-sangkut.
“Nak balik ker … dah tahu …” Ujar
lelaki tadi dengan suara menyindir dan menyeramkan.
Fazli menekan pedal minyak dan
menutup pintu kereta dengan pantas. Dia kemudian meluncur laju meninggalkan
kawaan kampus dengan seluruh badan yang dibasahi peluh.
*********************************