Kawasan perkampungan setinggan itu sedikit sibuk.
Setiap penjuru jalan ada saja manusia yang melangkah, ada yang terburu-buru, ada yang melangkah malas.
Dua tiga ekor ayam bertenggek atas sebatang kayu mati bertempiaran lari bila sekumpulan budak sekolah menghayunkan kaki kasar ke arah mereka.
Di luar sebuah rumah papan, Halim menghidupkan enjin motor berkali-kali.
Dia mengesat peluh, baju kemeja itu sudah basah. Halim cuba lagi.
Berpeluh-peluh dan semakin gelisah tambahan pulak melihat dua pasang mata bundar yang terus menatapnya. Mata-mata itu menatap dengan penuh harapan.
Halim tahu, anak-anaknya itu mesti sudah bosan dengan rutin yang begini. Lina menguis-nguis kaki pada tanah, lisa pun kelihatan mengigit-gigit tali beg.
Halim cuba lagi menghidupkan enjin moto Kriss keluaran pertama itu.
Hanim memandang penuh kemarahan dari dalam rumah dengan leteran yang kadang-kadang tidak kedengaran pun .
"Dah la abah, Lina pergi sendiri jerlah dengan Lisa"
Halim yang sedang menghidupkan enjin motor terhenti terus perlakuannya, mata Hanim pulak membutang merenung Lina.
Hanim melangkah dari pintu rumah kasar.
" Abang kan Hanim dah cakap, check moto betul-betul. Jangan nak meragam bila nak hantar anak sekolah".
Lina pandang ibunya yang sedang menyingga marah.
"Abah ..... Ibu .... sekolah tu dekat je.... Lina boleh pergi sendiri dengan adik"
Lisa turut menyangguk-angguk kepala. Halim dan Hanim pandang Lisa.
" Jangan nak mengada-ngada. Tunggu, biar Ibu saja hantarkan"
Hanim cepat-cepat buka langkah masuk semula ke dalam rumah. Halim terkulat memandang Lina dan Lisa.
Hanim muncul dengan mengenakan tudung tergesa-gesa. Dia kemudian menarik tangan Lina dan Lisa kasar. Lina membiarkan saja Hanim menarik tangannya sebaliknya Lisa memandang ayahnya dengan mata yang berkaca.
Halim memandang hingga kelibat ketiga-tiga hingga hilang dari pandangan.
**************
Kayu Merbah yang memang senang di bentuk itu, seakan menari-nari mengikut mesin pembentuk. Kayu yang tak bernilai pada mulanya kini menanti di ukir untuk dijual dengan harga yang berganda-ganda.
Adam tahu itu ...... mestilah Adam tahu.... Adamkan sudah sebati dengan kayu-kayu macam tu dan sebab kayu itu jugaklah akhirnya dia di sini. Sesusuk tubuh yang dia cari sepagi ini dihampiri.
" Aku Adam. Kau ?" Adam tahu kalau bukan dia dulu yang membuka mulut sudah pasti lelaki itu tidak akan peduli pun.
" Yusuf ..... " jawab lelaki itu sambil menghulurkan tangan. Namun tangannya tak bersambut. Adam sebaliknya menghempaskan punggung pada kusyen sebelah.
" Kau buat apa ? "
" Ha..... ukiran ...." jawab Yusuf perlahan.
" Bodoh! aku tanya kau buat apa ...." suara Adam semakin kuat.
Yusuf sedikit terkejut dan dia kelihatan tak paham.
" Kau buat apa, bunuh orang ? " bisik Adam. Yusuf terbentak.
Yusuf pandang wajah bengis Adam.
*************
" En.Halim surat ini kena cepat!"
Wajah manis Suhaiza di pandangnya. Suhaiza baru saja tamat pengajian dalam bidang perundangan namun rezekinya cuma sebagai pembantu pentabbiran. Itu pun dia sudah di kira bernasib baik berbanding rakan-rakan yang lain.
" En.Halim " Suhaiza sedikit mengeraskan suaranya. Halim sedikit terbentak. Dia segera mengangguk.
Halim sudah lama bekerja di syarikat milik Tan Sri Al-Farouk. Syarikat kayu-kayan ternama.
Malah gagasan Al-Farouk terdapat beberapa cawangan di serata Malaysia. Halim mahu jadi sebertuah Al-Farouk tapi sayang nenek moyangnya tidak mewariskan dia apa2 harta pun.
Hmm Halim mengeluh lagi.
Dari jauh Suhaiza pandang Halim. Lelaki separuh umur itu kelihatan lebih tua dari umurnya barangkali. Mungkin kesusahan yang dia alami membuatkan wajah lelaki itu penuh dengan kerut-kerut keluhan. Mungkin...
Halim mula menaip. Sepatah dua namum hatinya melayang entah kemana.
Upss... bunyi getaran telepon bimbit di poket sedikit mengejutkan Halim. Dia pintas bangun.
Suhaiza pandang.
" En.Halim dokumen tu bos nak cepat." segera dia bersuara bila melihat Halim ingin melangkah keluar tergesa-gesa.
" Nanti saya siapkan." Halim terus saja melangkah. Dia tak peduli pun pada Suhaiza yang mengeleng geram.
" Hish kang aku la yang kena habiskan ni"
****************
Loceng berdering. Seisi sekolah menjadi bingit. Ibarat ayam yang terlepas sangkar. Ayam-ayam yang beruniform putih itu terus sahaja melangkah laju menuju pintu keluar. Bersesak-sesak.
" Abah..... " Lisa lari mendapatkan Halim yang sudah tersedia menunggu.
Halim mendapatkan Lisa.
" Berat beg ni sayang..... kenapa bekal ni berisi lagi ni. " Halim meletakkan beg merah jambu Lisa kedalam bakul moto. Dia buka bekal dah terus saja menyuap karipap yang sedikit lembik ke dalam mulut.
Lisa pandang dengan senyuman.
" Abah lapar ek ....."
"Tak lah cuma nanti balik kalau mak nampak lisa tak makan bekal ni. Bising dia nanti ....." ejek Halim. Lisa mengangguk dengan senyuman.
" Dah, jom kita pergi sekolah akak Lina". Halim pasangkan topi keledar pada Lisa yang sedang menanti dengan kepala yang sedikit teleng.
Halim segera menghidupkan enjin moto bila Lisa sudah duduk di belakangnya.
" Lisa pegang kuat-kuat yer"
Dari jauh sudah nampak jelas sesusuk tubuh Lina yang sedang mendakap tubuh di depan pagar sekolah. Halim menghampiri. Lina dengan muka masam terus saja memanjat moto.
" Lina pegang baik-baik yer....." Halim menghidupkan enjin.
******************
Thursday, November 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment