Ruang itu bisu. Tiada apa pun di situ.
Bunyi cengkerik malam juga tak mampu menerobos tebalnya dinding batu itu.
Adam berkalih sudah dua tiga kali untuk malam ini.
Tidurnya terganggu sejak munculnya orang baru di sebelah.
Ruangan kecil itu juga seakan begitu kedekut dengan cahaya.
Adam segera merapatkan matanya.
"Ah tidak ada bezanya, antara pejam atau terjaga. Gelap juga"
Itu rengus dalam hati Adam.
Dia melirik sebelah.
Sejak malam pertama lagi tidur lelaki itu terganggu.
Kadang-kadang jeritannya bergema tiba-tiba.
Salah apa dia. Kenapa risih benar sedangkan Adam yakin kesalahan lelaki itu pasti tidak besar. Kalau tidak masakan mereka satu sel.
" Jangan.... " jeritan lelaki itu tiba-tiba bergema.
Adam langsung tidak nampak seperti terkejut. Adam mencebik bibir.
" Jangannnnn!!!!!! "
" Hoi!!!!!" Adam menyepak pada sesusuk tubuh yang bingkas bangun itu.
Adam naik marah ......
" Kau apahal? malam-malam meracau. Macam budak-budak"
Sesusuk tubuh yang terkejut itu masih memegang kakinya yang terasa perih. Dia perlahan merapati dinding.
Adam mengalih tubuh lagi , dia cuba pejamkan mata.
*****************
Halim meraba-raba sebelahnya dengan mata yang masih tertutup rapat. Kosong.
Dia mengeluh perlahan. Matanya kemudian terbuka sikit demi sedikit.
Halim mengikat kain pelikat yang hampir luruh .
Dia menapak perlahan.
Halim merapati pintu kayu dia cuba membukanya namum pintu itu tertutup rapat.
Halim juga yakin mustahil Hanim isterinya itu tidak mengunci pintu itu serapat-rapatnya dari dalam. Bukankah Hanim juga yang telah memintanya memasang tiga kunci untuk pintu itu.
Halim mencuba sekali lagi membuka pintu itu. Ketat.
Hanim terkejut. Matanya memandang terus ke arah pintu.
Dadanya berombak kasar. Jantung berdenyut kencang. Nafasnya turun naik.
Dia memandang sebelah.
Hmm terpandang saja sepasang tubuh yang masih nenyak tidur itu, dadanya terasa sedikit lega.
Dia membetulkan selimut kedua-duanya. Hanim mendepangkan tangan memeluk kedua-dua anak gadisnya itu. Mata Hanim masih enggan tertutup malah matanya meliar seluruh bilik.
Dari tingkap kaca, Halim menghampiri kerusi di hadapan kaca televisyen. Dia merebahkan badan. Mata itu tertutup rapat.
************
Suasana hening subuh. Kedengaran azan di laungkan.
Halim buka mata. Bingkas bangun mengetuk pintu bilik.
"Bangun bangun ......"
Kedengaran suara garau dari luar.
Telinga Adam terus saja menangkap bunyi binggit dari luar.
Lelaki di sebelahnya seakan sudah bersiap sedia, hanya menunggu untuk melangkah.
Kelihatan ramai yang sedang berbaris menunggu giliran. Adam menguap berapa kali menahan rasa mengantuk. Matanya yang masih terpisat-pisat itu asyik mencari sesusuk tubuh.
ketika kaki Adam menapak ke dalam surau itu jemaah sudah bersedia memulakan sembahyang jemaah. Tok Imam di saf hadapan terus saja memulakan.
Tok Imam memberi salam, jemaah yang ada mengaminkannya. Imam Hamdan membetulkan duduknya. Dia membuka mulut perlahan. Dimulakannya dengan umul kitab.
" Anak-anak .... sesungguhnya allah itu menduga ...... sesungguhnya allah juga telah berfirman dalam Surah Al-Ankabut Ayat 2-3 Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Yusuf meraup wajah berkali-kali. Dia gelisah memandang sini sana.
" Masih mahukah tuhan maafkan aku.... "
Thursday, November 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment