Friday, March 6, 2009

Vol 1 : Kenangan Terindah


Tarikh : 15 Disember 2004
Waktu : Tengah Malam
Lokasi : Dalam Bilik tido (sebelah aku Nurul Jazmina yg nenyak dengan botol susu)
Penyebab : Aku rasa down sgt2 (carik kerja xdpt lepas 2 3 bulan grad)

Ditempat Mulanya Aku .......

Ibu kau tahu
Selepas 5 tahun berjuang untuk mendapatkan segulung ijazah itu
Aku di sini akhirnya
Aku masih di sini ibu
Ditempat mulanya ..... aku berlari

Ibu telah aku tetapkan dihati
Aku ajar diri
Aku sematkan bahawa hidup ini ibarat aku sedang berlari
Lima tahun ibu
Dalam rebah aku bangun, dalam tangis aku kesat airmata sendiri
Dalam duka aku bebat dengan keputusan terhebat
Aku sematkan bahawa akan aku tamatkan larian ini
Tanpa ada penipuan, penuh kejujuran, penuh kebanggaan

Ibu
Satu detik di hari konvo
Aku fikir larian ku ini telah tamat
ya .. telah aku tamatkan larian ini dengan segala kudratku sendiri
Aku genggam segulung ijazah dengan harapan kehidupan kita akan berubah
Ibu
Sebulan lepas hari konvo aku menjaja segulung ijazah
Ibarat geran berharga untuk kupajakkan
Sebulan pun berlalu kini tahun bakal berganti
Geran berharga itu masih tak dapat aku pajakkan
Ditempat yang kukira sepatutnya .... selayaknya...
Ibu
Tiba-tiba bunyi gagak menyentakkan aku yang sedang termenung dibangku kosong
Aku tersilap bu ...... aku tersasar .....
Rupa-rupanya larianku belum tamat
Aku tak mencecah garisan penamat pun
Saat ku angkat wajah aku lihat dihujung sana
Di garisan penamat sana
Mereka ...... ya mereka kawan-kawanku sedang menerima
piala kemenangan
Ada yang sekadar tersenyum puas menamatkan larian
Bu .. rupa-rupanya dalam larian ini aku tertinggal bu.....
Larian ini belum aku sempurnakan
Segulung ijazah itu masih tak upaya lagi membalas jerih perihmu
Segulung ijazah itu masih tak dapat merubah hidup kita
Segulung ijazah itu masih tak mampu memenuhi janjinya pada keluarga

Ibu
sedih ...... pedih ........ sakit ........ dan terlukanya aku
Segulung ijazah yang kau tukarkan dengan serelung sawah dan sebidang tanah
Tak bisa pun menebus maruahmu
Segulung ijazah itu yang hanya kini tergantung usang dibalik pintu

Ibu
Aku tahu segulung ijazah itu telah mencarik lumat hatimu
kerana
Aku juga rasa begitu ........
Untuk itu maafkan aku bu .........

Aku
Tulip Unggu
Vol 6: Dayang Hodoh Dayang Yang Bodoh

Dayang
Utusan ini cuma buatmu seorang
Jangan sesekali Ayahda ku kau beritakan
Ini rahsia kita berdua
Hanya kau ku ceritakan
Merpati putih yang tiba-tiba singgah di Jendelaku
Menyampaikan khabar bahawa seorang dayang
Telah merisik ceritaku di sini
Dayang
Rahsiakan saja kebenaran itu pada Sultan
Aku tak mahu Sultan dilanda kekesalan
Ianya tak akan merubah apa-apa dayang
Aku telah dinikahi Putera Seberang
Dayang yang amat kusayang
Kupinta seperitmana pun kau rasa
Cubalah melontarkan segala impianmu
Lemparkan lah ia jauh dari hatimu
Usah kau tunggu lagi Putera Idamanmu

Dayang kau tahu
Apa yang aku harapkan
Sesuatu yang kucari
Tak pernah ada pun
Pada Putera yang sempurna segala-galanya ini

Aku
Tulip Unggu